Kos ECRL: Mahfuz melatah walaupun tak faham isu...Bukan Kita Tak Tahu Siapa Tu MAHFUZ?

Bukan Mahfuz Omar namanya kalau tak buat gempar... Ahli Parlimen PAS pro DAP itu riuh rendah dakwa kos projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan dalam Bajet 2017, terlalu tinggi.

Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena itu dibidas oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi kerana Mahfuz hanya membuat kesimpulan sendiri sedangkan tidak melihat secara terperinci mengapa kos projek ECRL itu dianggarkan bernilai RM55 bilion.

Katanya, kos berkenaan hanyalah anggaran awal dan akan diteliti serta diperhalusi semula oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sebelum perjanjian projek itu dimeterai.

"Bagaimana dia (Mahfuz) boleh mendakwa kos itu terlalu tinggi sedangkan dia sendiri tidak pernah melihat spesifikasi teknikal projek itu yang menyebabkan kosnya dianggarkan begitu.

"Projek ini membabitkan laluan ke sebelah timur yang banyak melalui kawasan gunung-ganang dan terowong yang sememangnya membabitkan kos tinggi, selain ia juga jajaran baharu.

"Kerajaan amat teliti membabitkan kontrak silang seperti projek ini dan ia akan diperhalusi semula, sama seperti projek lain seperti projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Mahfuz yang mahu siasatan menyeluruh diadakan bagi menyiasat rasional kos projek ECRL dianggarkan bernilai RM55 bilion seperti dilaporkan portal berita.

Ketika ditanya bilakah perjanjian projek ECRL akan dimeterai, Ab Aziz berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkannya selepas melakukan lawatan kerja ke China hujung bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana