KHAIRUDIN KELUAR PPBM SEBAB TAK DAPAT JAWATAN?

Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan.

Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, ia sekali gus mengesahkan khabar angin yang mengatakan Khairuddin akan keluar PPBM kerana masalah dalaman parti itu sendiri.

“Khabarnya pula Khairuddin akan menyertai sebuah parti komponen Pakatan Harapan tidak lama lagi. Alasan Khairuddin keluar dari PPBM kononnya mahu menumpukan sepenuh masa kepada kes-kes peribadinya di Mahkamah.

“Alasan itu tidak masuk akal dan mencerminkan sikapnya yang tidak matang berpolitik selain boleh dijadikan bahan jenaka rakyat,” katanya kepada media semalam.

Khairuddin dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis mengumumkannya keluar parti serta merta.

Tindakan itu diambil dengan alasan membolehkannya memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Khairuddin pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lalu.

Dalam pada itu kata Ibdilillah, Khairuddin juga perlu menjawab beberapa persoalan terutama spekulasi kekecewaannya kerana tidak diberi apa-apa jawatan di dalam PPBM.

“Apakah benar terdapat dua fraksi dalam PPBM iaitu fraksi Tun Dr Mahathir dan fraksi Tan Sri Muhyiddin Yassin? Bukankah pimpinan PPBM selama ini mengatakan parti mereka parti paling layak untuk mentadbir negara?

“Kalau PPBM merupakan parti terbaik, mengapa pula Khairuddin keluar dari parti tersebut?
Adakah terdapatnya pergelutan kuasa yang kian meruncing dalam PPBM sehingga mendorong Khairuddin mengambil keputusan meninggalkan PPBM?


“PPBM baharu sahaja berusia dua bulan. Katanya ‘Bersatu’ tetapi kelihatan sudah mahu berpecah. Sudah mahu retak, kini menanti belah,” soalnya.

Sementara itu, sebuah portal melaporkan, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir berkata tidak dimaklumkan mengenai berita Khairuddin yang keluar parti itu berkuat kuasa serta merta malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana