Kerajaan sudah kenal pasti syarikat sokong Bersih...Minta Project Pada Kerajaan Dalam Masa Yang Sama Sokong Pembangkang

Jeng jeng jeng... tak tunggu lama, Pengarah Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu syarikat-syarikat yang mendapat kontrak kerajaan tetapi memberi sokongan kepada pertubuhan Bersih sudah dikenal pasti.

Beliau yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama syarikat tersebut.

"Kita ada cara dan sudah mengenal pasti syarikat-syarikat tersebut. Mereka (syarikat-syarikat terlibat) akan tahu juga nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka UEM Group Bhd. Skim Latihan 1Malaysia- Young Executive Scheme (YES) Isnin.

Jelas Abdul Rahman, tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Bersih terhadap kerajaan sangat berat dan beliau merasakan tidak seharusnya syarikat-syarikat yang mendapat manfaat daripada kontrak kerajaan menyokong pertubuhan tersebut.

"Negara kita sekarang berdepan dengan ekonomi dunia yang mencabar dan kesannya adalah kepada rakyat.

"Bersih yang berhimpun secara haram boleh memudaratkan ekonomi dan pelabur yang masuk ke Malaysia dan ini akan menjejaskan masa depan rakyat. Tidak masuk akal apabila syarikat-syarikat yang mendapat kontrak kerajaan menyokong Bersih.

"Saya mengingatkan syarikat-syarikat tersebut supaya menjadi neutral atau mahu terus menyokong gerakan yang mahu menjatuhkan kerajaan secara haram.

"Buat pilihan anda kerana pilihan saya adalah saya tidak mahu berurusan dengan pihak sebegini.

"Terdapat banyak lagi syarikat di luar sana yang boleh memberikan terma-terma yang lebih baik atau setanding dengan apa yang anda berikan kepada kerajaan. Saya akan berikan keutamaan kepada mereka,” tegasnya yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Semalam di laman twitternya, Abdul Rahman memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang mendapat kontrak kerajaan tetapi menyokong Bersih akan disenarai hitamkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana