Hapuskan cukai .....?

Rakyat memang suka kalau semua cukai dimansuhkan. Pihak pembangkang memainkan isu GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Pembangkang juga mendesak supaya cukai2 lain yang dikutip dimansuhkan dengan alasan haram mengutip cukai.

Apa akan jadi jika semua cukai dimansuhkan ....?

Sebahagian besar pendapatan negara adalah dari hasil kutipan cukai. Malaysia bukanlah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak, emas, bijih dan lain-lain.

Walaupun Malaysia mempunyai hasil daripada minyak namun tidaklah sebanyak yang diperolehi oleh negara-negara yang mempunyai sumber minyak yang besar seperti negara-negara Timur Tengah. Jika hendak dibandingkan Malaysia dengan Arab Saudi, Malaysia mengeluarkan 623,900 barel minyak sehari, manakala Arab Saudi mengeluarkan 11.1 juta barel sehari. Hampir 17 kali ganda keluaran kita. Setelah menolak pengunaan minyak domestik hasil eksport keseluruhan adalah 18,900 barel untuk Malaysia berbanding 8,534,260 bagi Arab Saudi.

Pakar2 menyatakan bahawa sumber minyak negara tidak akan kekal dengan lama dan mungkin akan habis pada tahun 2025. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak.

Pada tahun 2008 sebanyak RM 67 billion telah disumbangkan oleh Petronas berbanding RM 54 billion pada tahun 2007. Ini disebabkan peningkatan harga pasaran minyak dunia. Tahun 2014 Petronas cuma mampu menyumbang sebanyak RM28.3 billion manakala tahun 2015 pula hanya RM25.6 billion. Tahun 2016 pula kerajaan hanya menerima RM16 billion sahaja.

Tahun 2017, Petronas dijangkan hanya mampu menyumbang kepada kerajaan sebanyak RM13 bilion, berasaskan andaian harga minyak mentah Brent pada US$45 setong.

Pendapatan kerajaan jika ditolak semua hasil cukai ialah 30.8% sahaja iaitu

1. Pinjaman dan Penggunaan aset kerajaan
- 15.8% atau bersamaan dengan RM41.2 billion
2. Hasil bukan cukai
- 15% atau bersamaan RM39.1 billion

Bermakna pendapatan kerajaan tanpa hasil cukai ialah RM80.3 billion sahaja.

Perbelanjaan emolumen sahaja berjumlah RM77.4 billion atau 29.7%. Apa yang boleh dilakukan dengan baki RM2.9 billion? Subsidi dan bantuan sosial memerlukan dana RM22.4 billion (86%). Lain2 perbelanjaan perlu ditampung dengan apa?

Biarlah kita berfikir secara waras bukan dengan emosional tanpa melihat keperluan dan kepentingan negara dan rakyat.

Ada yang mengatakan perbelanjaan emolumen terlalu besar. Penjawat awam terlalu ramai dan patut dikurangkan. Rasanya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk mengurangkan penjawat awam. Misalnya penjawat awam yang bersara setiap tahun tidak perlu diisi kekosongannya. Maka setiap tahun bilangan penjawat awam akan berkurangan beransur2. Jika perlu pengurangan secara drastik, pembuangan perlu dilakukan. Bagaimana nasib kakitangan awam yang dibuang kerja tersebut?

Sekarang ini pun pembangkang sudah bising. Mereka kata kerajaan tidak mewujudkan peluang2 pekerjaan disektor2 kerajaan bagi membantu ratusan ribu lepasan U yang tidak mempunyai pekerjaan. Jika kerajaan menambah atau mewujudkan jawatan baru bermakna kerajaan terpaksa menambah peratusan emolumen.

Mohon kepada pakar2 FB pembangkang yang menuntut kerajaan memansuhkan segala cukai untuk memberikan cadangan bagaimana kerajaan harus membelanjakan 30.8% atau 80.3 billion mengikut keperluan pembangunan negara dan rakyat.

Kepada macai2 pembangkang ..... mungkin anda mempunyai idea yang lebih brilliant daripada pakar2 ekonomi yang menguruskan bajet negara bagi tahun 2017.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana