Demi Air Muka BERSIH Istihar PAS Tidak Mampu Tarik Orang Melayu

SEMUA orang tahu yang sebelum ini pihak BERSIH bersama parti pembangkang yang lain telah mencuba berbagai cara untuk memujuk PAS agar menyertai perhimpunan haram BERSIH pada 19 November depan.

Namun tindakan mereka tersebut menemui jalan buntu. Malahan Datuk Husam Musa yang juga merupakan ADUN Salor sanggup mempergunakan nama arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam usaha untuk mendapatkan sokongan PAS.

Pemimpin PAS tetap menolak pelawaan untuk menyertai BERSIH 5 pada 19 November ini. Oleh itu, demi menjaga air muka mereka maka kini mereka menolak dakwaan tanpa sokongan PAS, perhimpunan 19 November depan tidak akan mendapat sambutan.

Menurut timbalan pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari, penyokong Melayu yang bukan ahli PAS kini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh parti itu. Bagi mereka pengaruh PAS semakin berkurangan.

Sebelum itu satu pendedahan telah dibuat berkenaan BERSIH. NGO Bersih ini bukan sebuah pertubuhan yang dikatakan berdaftar akan tetapi ianya adalah sebuh syarikat perniagaan yang dinamakan Bersih dan Adil Sdn Bhd.

Jika mengikut apa yang tertera didalamnya , syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan yang dinamakan , Even Management, Seminar , menyediakan latihan dan Bengkel.

Menurut maklumat yang dilampirkan menunjukkan bahawa Maria Chin telah didaftarkan sebagai penama dan beberapa orang lagi sebagai rakan perniagaan Syarikat ini.

Oleh itu, jika ianya sebuah syarikat perniagaan, apakah aktiviti even management iaitu penganjuran demontrasi untuk menumbangkan kerajaan oleh syarikat ini sesuatu yang dibenarkan oleh SSM?

Dan yang paling penting, adakah tindakan Syarikat Bersih ini tidak menyalahi undang undang apabila terlibat dalam penganjuran demonstrasi Bersih?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana