Bersih sudah jauh terpesong....Melayu Banggang Ikut Kehendak AMBIGA Dan CHIN

PAS memutuskan tidak menyertai Bersih 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 0.4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada Bersih 0.4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas Ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di Khamis.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 0.5 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana