air lak takde..gila punya kerja kerajaan negeri Selangor dan SYABAS,"...Netizen bengang gangguan air berterusan

SHAH ALAM: Bekalan air yang belum pulih sepenuhnya di beberapa kawasan di Semenyih sehingga menjejaskan sambutan perayaan Deepavali, menimbulkan kemarahan netizen.

Majoriti mereka meluahkan kemarahan kerana berdepan kesulitan sehingga ada yang terpaksa bermalam di hotel ekoran ketiadaan air di rumah mereka.

Malah tidak kurang juga segelintir mereka menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dianggap tidak peka dengan musim perayaan.

"Taman Sri tanjung da takde air..kesian kaum India. Dah le nak sambut Deepavali..air lak takde..gila punya kerja kerajaan negeri Selangor dan SYABAS," tulis seorang pengguna akaun Facebook, Zul Hafirus

Sementara itu, pengguna akaun Norhayati Jasman pula menulis terpaksa menadah air hujan bagi menampung ketiadaan air.

"Turunnya hujan. Dapat juga menadah 'air percuma'," sindirnya merujuk kepada skim air percuma kerajaan Selangor.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mula kembali beroperasi kira-kira jam 3.15 pagi tadi, selepas ditutup  petang semalam susulan pencemaran bau yang dikesan di muka sauk loji berkenaan.

Pencemaran itu dikesan berikutan benteng yang dibina sejak Ahad lalu pecah bagi menyekat aliran air Sungai Buah yang tercemar memasuki Sungai Semenyih.

Ini adalah kali keenam loji itu ditutup dalam tempoh sebulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana