Ada Nak Lagakan PM Kita Dengan Presiden PAS!!!!! Hadi jawab dakwaan kononnya diperalat PM berkaitan Akta 355

Ahli Parlimen PAS Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak tahu menahu dan terpulang kepada mana-mana yang mengaitkan ‘ada udang di sebalik batu’ apabila Parlimen menerima usul persendirian beliau mengenai Akta 355 berkaitan undang-undang jenayah syariah.

“Ada udang ka,, ikan ka, buaya…saya tak tahu, terpulang. Ini usul persendirian saya,” kata Hadi yang juga Presiden PAS.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen DAP Kuching Chong Chieng Jen yang menuduh Hadi membenarkan PAS diperalatkan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila usul persendirian itu diterima oleh Dewan Rakyat.

Tindakan Hadi itu menurut Chieng Jen menyebabkan perpaduan dikalangan pembangkang pecah serta menghalang rakyat menentang kerajaan dan UMNO.

Beliau ingin tahu sama ada ujud persetujuan sulit Hadi dengan Perdana Menteri atau ‘ada udang di sebalik batu’ sehingga usul itu naik atau diterima dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Wakil rakyat DAP itu juga menyatakan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak akan menyokong usul berkaitan  Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu.

Menjelaskan perkara itu ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan hari ini, Hadi berkata, ianya adalah urusan negeri-negeri terbabit dan tidak kena mengena dengan beliau.

Malah katanya, undang-undang jenayah itu juga berkaitan dengan negeri-negeri dan terpulang mana-mana negeri mahu menguatkuasakannya atau tidak.

Menyentuh mengenai kedudukan usul itu yang turun naik dalam kertas aturan mesyuarat, Hadi menegaskan bahawa perkara itu urusan Speaker.

“Bukan urusan saya, terpulang kepada mereka letak nombor berapa,” kata Hadi yang turut menjelaskan Akta 355 itu bukannya undang-undang hudud..

Untuk rekod ketika hari pertama persidangan Dewan Rakyat , usul itu dikedudukan nombor empat, jatuh ke nombor tujuh dan sehari sebelum pembentangan Bajet 2017, usul itu naik ke nombor lima.

Usul berkenaan masih ada ruang untuk dibentang dan dibahaskan selepas selesai urusan mesyuarat berkaitan Bajet 2017 pada 22 November depan.

Persidangan sesi ini dijadualkan berakhir pada 24 November.

Akta 355 yang dibawa Hadi mencetuskan kontroversi terutama dikalangan parti-parti pembangkang dengan DAP menentang sekeras-kerasnya manakala PKR dan PAN pula bersikap tunggu dan lihat.

Pembangkang menuduh ujud pakatan antara Hadi dan Najib selepas kedua-dua pemimpin itu kelihatan akrab dan majlis berkaitan Islam dan Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana