Wira, Hilux, Iswara jadi perhatian pencuri kereta

PERMINTAAN yang tinggi terhadap alat ganti, komponen serta aksesori terpakai Proton Wira, Toyota Hilux dan Proton Iswara adalah antara penyebab tiga model kenderaan berkenaan kekal menjadi sasaran utama pencuri kereta di Malaysia.

 Mengikut statistik Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang didedahkan baru-baru ini, kereta Proton adalah jenama yang paling banyak dilarikan tahun lalu, dengan 1,214 buah Proton Wira dicuri. Ia diikuti Toyota Hilux (595 buah), Proton Iswara (552), Perodua Kancil (550), Proton Waja (538), Perodua Myvi (379), Proton Saga (318), Proton Satria (238), Nissan Vanette (208) and Honda Civic (200). 

Beberapa pengusaha bengkel kenderaan yang ditemui penulis pada minggu lalu berkata, model dalam senarai berkenaan masing-masing adalah yang terlaris dari segi jualan bagi tempoh tertentu. Susulan itu, mereka menjelaskan, terdapat permintaan tinggi alat ganti dan komponen serta aksesori terpakai bagi model itu. 

Dalam pada itu, kata mereka lagi, harga alat ganti baru dan tulen yang agak mahal ketika ini, turut menyebabkan pemilik memilih untuk menggunakan alat ganti serta komponen terpakai yang mana lebih murah, meskipun sukar dikenal pastikan sumber bekalannya. Sebagai contoh, model paling banyak dicuri iaitu Wira, yang mula dikeluarkan pada 1993 berasaskan kereta Mitsubishi Lancer/Colt, walaupun ia sudah ditamatkan pengeluarannya pada 2009, namun ia adalah model kedua terlaris Proton dengan jualan mencecah 952,216 unit. 

Sementara itu, model kedua terbanyak dilarikan iaitu pikap Hilux pula adalah antara model terlaris Toyota di Malaysia dengan jumlah jualan setakat ini melebihi 200,000 unit. Satu lagi model keluaran Proton yang menjadi pilihan ketiga pencuri kereta adalah Iswara. Meskipun model ini, yang mana mula diperkenalkan sebagai model naik taraf Proton Saga pada 1992 dan akhirnya digantikan dengan pengeluaran Proton Saga Generasi Kedua pada 2008, namun ia adalah model paling laris Proton dengan 1.1 juta unit dijual. Pada pendapat penulis, memang benar seperti data yang diumumkan PIAM berkenaan, yang mana pemilik model berkenaan wajar berhati-hati susulan ia menjadi sasaran pencuri. Namun begitu secara umumnya, pakailah kereta dan model apa sekali pun, jika pemiliknya cuai, tidak tindakan pencegahan awal, meletak kereta di tempat yang kurang sesuai dan tidak dikunci sempurna, maka berkemungkinan insiden kecurian berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana