Tun M Ke London Tabur Fitnah Untuk Pengaruhi Intelek Di Sana

Tun M dalam ucapannya di hadapan intelek rakyat Malaysia di London menyeru kepada Najib untuk mengangkat Mukhriz menjadi Menteri Kewangan.

Walaupun ucapannya dilaporkan hambar tiada intipati yang baru untuk halwa telinga hadirin yang hadir (mungkin sudah tahu isu Mahkamah Amerika Syarikat gugurkan kes 1MDB) Tun M didakwa merancang untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai Menteri Kewangan sekiranya Najib melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Dengan jawatan Menteri Kewangan Mukhriz akan menjadi pemimpin kedua paling berkuasa dalam parti dan kerajaan jika beliau memegang jawatan itu.

Mukhriz juga akan mempunyai kelebihan berban­ding semua pemimpin yang sezaman dengannya serta para pesaing­nya.

Mahathir mungkin mengambil contoh Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1991, beliau mengambil masa hanya dua tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun Tun M membidas seorang Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang jawatan Menteri Kewangan. Tapi hakikatnya Mahathir lah yang memulakan tradisi ini semasa kegawatan ekonomi pada 1997.

Walaupun Mukhriz pernah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden, tetapi beliau boleh merampas jawatan Zahid Hamidi sebagai Timb Perdana Menteri dengan mengisi jawatan Timb Presiden Umno pada 2018.

Pucuk pangkalnya Mahathir mahu Najib berundur. Kita akan melihat parti bunga raya akan membuat U turn 90% bagi merealisasikan impian Tun M mengangkat Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana