Tragedi timpa keluarga di perlumbaan go-kart

Malang tidak berbau...kegembiraan sebuah keluarga menyaksikan perlumbaan go-kart bertukar tragedi.

Kejadian pada 11.30 pagi Ahad itu berlaku semasa Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARACE) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di Kuantan Ahad.

Dua beranak - bapa dan anak perempuan maut bila dirempuh sebuah go-kart yang hilang kawalan dan masuk ke kawasan penonton.

 Izwan Isa, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya Siti Zulaikha, 4, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Seorang lagi anak Izwan, Muhammad Izz Danial, 7, yang tercedera dalam kejadian itu masih dirawat di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.

Pada waktu kejadian  Izwan yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Gebeng, bersama isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, dan dua anaknya itu serta beberapa penonton lain  menyaksikan perlumbaan dalam kawasan 'line race' dengan hanya dipisahkan oleh penghadang plastik.

Kesemua mangsa tidak sempat melarikan diri apabila go-kart itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh mereka.

Kejohanan EIMARACE itu merupakan kali kedua diadakan dan ia adalah medan untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swata, mencipta dan menguji kenderaan serta enjin go-kart rekaan mereka menerusi dua kategori yang dipertandingkan iaitu enjin 131cc dan 250cc.

Kejohanan anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kerajaan negeri Pahang menerusi agensi Pelancongan Pahang itu disertai oleh 51 pasukan dari IPT seluruh negara.

Ekoran kemalangan itu, kesemua acara perlumbaan termasuk penyampaian hadiah dan upacara perasmian penutup oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dijadualkan pukul 3 petang tadi telah dibatalkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana