SYABAS kini dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor – Tak puas hati suruh Azmin pecat

SYABAS bukan lagi syarikat konsesi swasta yang dimiliki oleh KroniUMNO-BN seperti tuduhan Pakatan.

Sejak 2014, SYABAS kini dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berfungsi sebagai satu unit Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd di mana Menteri Besar Azmin Ali adalah Pengerusi.

Kerajaan Persekutuan telah menyediakan dana tunai dan mengambil alih hutang bernilai lebih RM10 bilion bagi membantu Selangor membeli balik SPLASH dan syarikat-syarikat air yang lain di Selangor.

Jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan air di KL atau Selangor, sila buat aduan kepada Kerajaan Selangor kerana sekarang ini tidak ada pihak lain yang pemimpin Pakatan Selangor boleh tuding jari.

Dan jika Kerajaan Pakatan Selangor mahu seseorang untuk dipertanggungjawabkan bagi perkhidmatan yang teruk dan perlu dipecat seperti mana yang MB Selangor pernah tuntut sebelum ini terhadap Pengerusi SYABAS maka MB Selangor, Azmin Ali boleh menuntut Pengerusi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang juga Azmin Ali dipecat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana