Serang 1MDB kerana industri tenaga?Anda Baca Lah Cerita Sebenarnya Siapa Madey Ini

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Penganalis politik, Raja Petra Kamarudin mendakwa, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Dr. Mahathir sedar sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya, ia akan menyebabkan kawalannya terhadap industri tenaga berakhir.
“Jadi, beliau melakukan sabo­taj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran per­­mulaan awam (IPO) dan kemudian, dengan me­­­­nyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion.

“Walhal, nilai asetnya melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan ke­rugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini.

Raja Petra berkata, Najib tahu mengapa Dr. Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan ia tidak mempunyai kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.

Beliau memberitahu, Perdana Menteri juga tahu matlamat Dr. Mahathir sejak 1990 adalah untuk me­nguasai industri tenaga yang menya­lurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Apabila Najib men­jadi Perdana Menteri, industri tenaga dikuasai oleh proksi dan kroni Dr. Mahathir,” jelasnya.

Menurut Raja Petra, meman­dangkan Najib tidak boleh me­miliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambil­alihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana