Sepatutnya kita BEKAS NEGARAWAN NEGARA bagilah Tauladan yang baik kepada RAKYAT.

PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan memecah-belahkan rakyat serta mempertikai institusi Raja tidak menggambarkan beliau sebagai bekas Perdana Menteri. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata lebih memburukkan keadaan apabila kenyataan dibuat ketika negara akan menyambut hari kebangsaan. Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Dr Mahathir sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat dan bukannya cuba menjatuhkan kerajaan. "Sememangnya Tun ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dia akan cuba sedaya upaya untuk mengatakan pelbagai isu, saya dengar apa yang dia sebut. Dahulu dia buat (hadkan kuasa Raja), sekarang apabila dia melihat perkara ini tidak memihak kepadanya, dia mengaku salah. "Dahulu pun dia juga luluskan supaya kita memberi kebebasan kepada penggunaan internet, tetapi apabila (kebebasan) undang pelbagai masalah, dia turut kata dia silap.

Jadi saya tidak tahu apa yang dia nak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta Program Kayuhan Merdeka Fun Ride 2016 dan Program Kembara Jalur Gemilang 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini sebentar tadi. "Biar dia dengan dunianya, yang penting kita sebagai kerajaan akan cuba menjaga dan menyelesaikan segala masalah rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana