Saifuddin keruhkan lagi hubungan PKR dan PAS...

Atas pentas PAN... pemimpin kanan PKR belasah PAS. Kenyataan Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam program Setahun PAN di Bakri Muar menimbulkan rasa kurang senang pimpinan PAS.

Saifuddin mendakwa PAS berkali-kali mengkhianati parti itu berhubung isu agihan kerusi pada musim pilihan raya.

Beliau yang muncul semula dalam pentas politik pembangkang selepas 'hilang' beberapa ketika termasuk masa pilihanraya negeri Sarawak dibuat atas pentas PAN mungkin bertujuan nak bagi ahli PAN seronok.

Bagaimanapun implikasi dakwaan tersebut sudah pasti perlu ditanggung oleh PKR.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata beliau kesal akan kenyataan Saifuddin itu dan menegaskan ia hanya akan menyukarkan proses rundingan antara dua parti itu kelak.

"(Kenyataan Datuk) Saifuddin Nasution membawa nada untuk bergaduh bukan untuk berunding.

"Membuat tuduhan-tuduhan dan membuat andaian. (Sikap itu) tidak gentlemen," ujar Iskandar dipetik sebuah portal berita.

Saifuddin dalam program tersebut berkata PKR tetap akan mengadakan rundingan berhubung pembahagian kerusi dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu untuk menjamin pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU14) kelak.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sembang santai sempena Sambutan PAN Setahun di Muar, pada Sabtu malam.

Saifuddin mendakwa PAS pada PRU10 hingga PRU13 mengkhianati keputusan yang dipersetujui bersama dua parti itu membabitkan kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara dan Sungai Acheh.

Bagaimanapun ujar Saifuddin, meskipun sering dikhianati PAS, PKR tetap akan meneruskan rundingan dengan parti itu untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada PRU14, akan datang.

Merujuk kenyataan itu, Iskandar berkata kenyataan Saifuddin itu tidak menggambarkan pendirian sebenar PKR terhadap PAS.

Malah Exco Selangor itu berkata, sekiranya PKR terus menuduh PAS dengan tuduhan tidak berasas, formula satu lawan satu akan menemui kegagalan.

"Saya harap ini bukan sikap kesemua pimpinan PKR. Jika tidak rundingan mungkin akan gagal sebelum bermula," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana