Rakyat Akan Ada Masalah Kalau Pilih Pembangkang & Ini Sebabnya

PKR ni cuba tunjuk kepada rakyat bahawa mereka mampu mengawal semua parti-parti pembangkang di Malaysia.  Itu yang dengan pihak-pihak berlawanan dalam pakatan pembangkang, PKR cuba tunjuk kehadiran mereka diterima semuanya.

Tapi masalah datang bila PKR tidak mampu mengawal diri dari mengutuk pihak yang saling berlawanan ini.  Contoh, bila dalam majlis PAS, PKR kutuk PAN, bila dalam majlis PAN, PKR kutuk PAS dan yang semacam itu.  Tindakan ini mencetus rasa tidak puas hati antara pihak-pihak yang terbabit seperti terbaru dimana PAS Selangor mengecam orang PKR, Saifudin Nasution kerana ‘mencemuh’ parti itu dalam majlis ulang tahun pertama PAN di Johor semalam.

Aneh, entah bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan sebegitu. Parti macam DAP yang sentiasa berpijak atas realiti politik ternyata sudah muak dan mendesak diadakan pilihanraya awal di Selangor sebab disitulah masalah tak konsisten ini bermula.  Tempat lain semua settle dah – settle dalam maksud PKR, PAN dan DAP membentuk Pakatan Harapan dan PAS bukanlah sebahagian daripadanya, sedangkan di Selangor PAS masih lagi sebahagian kerajaan negeri.

Kalau semua itu belum cukup teruk, sekarang PAN pulak nak bekerjasama dengan parti cap bunga Mahathir untuk membentuk pakatan baru yang dikenali sebagai Barisan Rakyat, siap desak RoS percepat pendaftarannya lagi.  Habis yang dengan Pakatan Harapan ni macam mana kalau Barisan Rakyat ni ada?

Tidak ada jawapan sampai sekarang sekalipun banyak pihak mendesak penjelasan.

Sebab itu penulis katakan rakyat Malaysia ada masalah besar kalau memilih puak-puak ini sebagai kerajaan dalam PRU14.  Politiking tak habis-habis dan pendekatan berpolitiknya tu pulak, tidak ada manusia biasa yang boleh faham.

Pengundi atas pagar pun jual pagar kalau macam ini – entah mana satu nak diikut.

Justeru penulis tidak terkejut dengan ramalan yang menyebut BN akan menang besar dalam PRU14.  Memang itulah yanga akan terjadi, bukan sebab BN ni kuat sangat tapi sebab pembangkang  sudah tak tentu arah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana