Rafizi dakwa pemimpin Bersih dan C4 pun terima duit untuk berkempen

Panas hati selepas dikritik oleh geng sendiri... Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan Maria Chin Abdullah daripada Bersih 2.0 dan Cynthia Gabriel daripada Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) dua NGO itu biasa menerima wang untuk melakukan sesuatu.

Ahli Parlimen Pandan itu mengulas Maria dan Cynthia yang mengkritik NGO yang mana Rafizi merupakan penasihat kerana memberi insentif wang tunai kepada yang mendaftar sebagai pengundi.

Rafizi sebelum ini mengumumkan ganjaran tunai sehingga RM1,000 setiap minggu untuk pemenang kempen pendaftaran pengundi Invoke.

“Siapa kamu untuk bercakap mengenai moral sedangkan, kamu tahu, kedudukan kamu juga boleh dipertikaikan,” kata Rafizi ketika ditemui pemberita di Menara UEM Rabu malam.

“Saya guna wang sendiri. Mengatakan pemberian insentif ini sebagai 'menyedihkan' serupa pukul curi… kerana saya tak kata apa pun bila mereka terima geran untuk berkempen.”

Semalam, Maria yang juga pengerusi Bersih 2.0 berkata sebarang bentuk ganjaran untuk menggalakkan belia mendaftar sebagai pengundi adalah tindakan menyedihkan dan memberi mesej salah.

Cynthia, yang merupakan pengarah eksekutif C4 berkata cita-cita membentuk masyarakat berfungsi tidak boleh dikompromi dengan insentif tunai.

“Apa yang saya cuba sampaikan adalah: hujah moral kamu itu boleh dipertikaikan, terutamanya jika kita tengok dari perspektif badan bukan kerajaan kerana lazimnya NGO seperti C4…saya tak pasti mengenai Bersih…terima geran kerana kami menjuarai kempen tertentu.

“Saya tak ambil gaji daripada geran tapi saya tak pasti mengenai Cynthia.

“Jika kamu pusing isu ini, yang kamu terima bayaran daripada geran untuk berkempen…bukankah itu lebih merumitkan keadaan berbanding memberi hadiah wang untuk mengalakkan orang pergi mengundi?” kata Rafizi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana