PPBM mahu jadi ‘Leader Of The Leaders’ Pembangkang !

Berbangga puak Pakatun, bekas ahli-ahli UMNO dan golongan terkecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berjaya ditubuhkan. Seperti dijangka, sesudah Pakatan Rakyat terkubur dan digantikan Pakatan Harapan, kini tidak lagi mempunyai harapan untuk ‘Hidup lama’. Ini kerana PPBM yang diasaskan Tun Mahathir mula menyarankan supaya barisan parti-parti pembangkang bergabung di bawah satu nama dan logo untuk menentang Barisan Nasional (BN)!

Tidak semudah yang dicadangkan kerana ingat, DAP musuh PAS dan kepimpinan PAS bertekad TIDAK AKAN BERGABUNG DI BAWAH SATU BUMBUNG DAN BEKERJASAMA DAP! Penubuhan blok baharu Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh PAS dan Parti Ikatan dengan sokongan NGO-NGO Islam menandakan era PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sudah tamat dan permulaan era baharu Parti Islam yang diterima rakyat.

Cadangan berikutnya yang di utarakan oleh Naib Presiden PPBM, Mukhriz ialah berkaitan tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada 2 penggal JIKA GABUNGAN PEMBANGKANG YANG DINAMAKAN BARISAN RAKYAT (BR) MENANG PRU 14! Wah, waktu zaman bapanya pegang jawatan PM, tak ada cadangan ni. Dah kaut semua keuntungan beberapa generasi sendiri, baru nak buat sekatan! Tersenyum lebar Lim Kit Siang kebodohan anak Tun M.

Memandangkan Pakatan Harapan sendiri pun sedang berkecamuk dengan isu terbaru di negeri Selangor. Campurtangan DAP yang mahukan PRN diadakan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula. Azmin tolak sebab nak kekal MB Selangor. Tony Pua berkata ‘bodoh’ jika PRN tidak dilakukan sekarang. Tamparan bodoh buat Azmin!

Jangan nak berangan untuk melihat semua parti-parti pembangkang di bawah satu bumbung kerana semua pemimpin mereka telah lama kemaruk untuk berada di puncak!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana