PKR Sabah berdepan krisis... wakil rakyat keluar parti beramai-ramai

Belum reda PKR terkejut dengan kehilangan ahli Parlimen Penampang Darell Leiking yang menyertai parti baru bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

PKR dijangka akan menyaksikan gelombang 'exodus' atau keluar beramai-ramai dikalangan wakil rakyatnya di Sabah termasuk pemimpin kanan parti tersebut.

Akhbar China Press melaporkan tiga lagi Adun PKR dan seorang Adun DAP juga dikatakan akan keluar parti.

Adun Moyog, Terence Siambun dilaporkan sudah pasti akan mengikut jejak Darell keluar PKR selain Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin dan timbalannya, Christina Liew juga hangat diperkatakan akan keluar parti.

Spekulasi mengatakan Lajim bakal menubuhkan parti baharu, manakala Liew tidak pasti akan mengikut jejak Adun Klias itu atau menyertai parti pimpinan Shafie.

China Press difahamkan, Lajim pernah menemui Shafie dan ahli Parlimen Semporna itu mengalu-alukan penyertaan beliau, tetapi tidak menjamin akan melantiknya sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, kerana parti itu hendak melatih lebih ramai orang baharu.

Lajim ketika itu menjawab, beliau terpaksa menubuhkan parti baharu.

Difahamkan, PKR pusat akan cuba memujuk beberapa wakil rakyatnya itu dan jika gagal, PKR Sabah hanya mempunyai Dr Roland Chia (Adun Inanam).

Sementara itu, Adun Likas, Junz Wong juga dikatakan akan keluar daripada DAP.

Bagaimanapun, beliau yang ditawarkan untuk menyertai parti pimpinan Shafie belum memutuskan sama ada melompat ke parti baharu itu.

Darell mengumumkan peletakan jawatannya dalam PKR, pada Khamis lalu.

Beliau berkata, keputusannya itu bukan disebabkan tidak bersetuju dengan pimpinan ataupun parti, sebaliknya beliau mahu meneruskan perjuangan sama, tetapi menggunakan platform lain.

Hujung minggu lalu, Shafie mengumumkan Darell akan dilantik sebagai timbalan pengerusi parti baharunya, manakala 2 daripada 3 jawatan naib pengerusi menjadi milik Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Presiden Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony.

Baki satu lagi kerusi naib pengerusi akan diisi seorang wakil rakyat, namun calonnya belum diumumkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana