PKR hilang dua wakil rakyat di Sabah......Ini Semuanya Wayang politik

Lain yang ditembak, lain yang kena... bukan satu tapi dua wakil rakyat PKR di Sabah keluar parti untuk menyertai parti lama berwajah baru yang berketuakan Datuk Seri Shafie Afdal.

Salah seorangnya Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking (gambar) dan ADUN PKR Moyog, Terrence Siambun.

Menurut Darell Leiking beliau mengambil keputusan keluar dari PKR untuk menyertai Shafie.

"Saya telah meninggalkan PKR baru-baru ini, tetapi tidak mengumumkannya kerana saya tidak suka menghebohkan hal tersebut.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan memberi sebab berbuat demikian.

"Beliau menghormati keputusan ini, begitu juga dengan saya," kata Leking.

Ahli Parlimen dari Sabah itu berkata, beliau turut memaklumkan tentang peletakan jawatan tersebut kepada beberapa pemimpin kanan PKR.

Leiking menjelaskan, beliau akan bekerjasama dengan Shafie dan beberapa pemimpin pembangkang Sabah yang lain.

"Pendirian kami tidak akan berubah iaitu untuk menyelamatkan Sabah.

"Kami akan menggunakan segala kekuatan. Kami tidak berhasrat untuk menentang pembangkang.

"Matlamat kami masih sama. Kami mahu perjanjian baharu dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia," ujar beliau sambil menambah parti Shafie tidak akan menerajui Parti Usno Baru tetapi sebuah parti berasaskan pelbagai kaum di Sabah.

Leiking turut menyertai Shafie ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pada Khamis untuk membincangkan hal berkenaan pucuk kepimpinan parti baharu itu.

Turut hadir bersama mereka, ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong yang juga keluar dari UMNO.

Dalam perkembangan sama, The Star melaporkan ADUN Moyog, Terrence Siambun dijangka mengikut jejak langkah Leiking untuk keluar dari PKR, sekali gus memberi tamparan hebat kepada parti pembangkan itu.

Siambun dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatan beliau kepada parti.

Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana