PKR Dah La Lemah !! Kehadiran Tun M Dalam PH Lagi Membawa Bencana Besar

Seperti yang telah diduga ramai ahli dan pemimpin PKR terutamanya di Sabah keluar parti kerana tidak puashati dengan layanan yang ditunjukkan pemimpin mereka. Perkara ini berlaku dengan tanpa desakan dari pihak luar dan ianya berlaku dengan cara proses semulajadi.

Bermula dengan Deklarasi Rakyat antara Mahathir dan Lim Kit Siang, ramai yang menjangakakan kehadiran Tun M akan membawa perpecahan dan merosakkan hubungan diantara parti yang bernaung di bawah Pakatan Harapan.

Tanggapan tersebut semakin terbukti dengan penolakan rakyat terhadap kehadiran Tun M dan parti barunya Bersatu seolah-olah mengganggu rumah tangga parti DAP PKR dan PAN. Kedudukan kerusi mereka semakin terancam dan pergelutan untuk merebut kerusi bagi meletakkan calon mereka yang berpotensi untuk menang menjadi sulit dan sukar.

Ini semua adalah BENCANA BESAR buat mereka yang bercita-cita memegang jawatan penting dan mereka yang berangan untuk bergelar YB dan wakil rakyat di Parlimen dan DUN.

Yang terbaru Tun M sanggup bersujud menyembah Anwar Ibrahim.

Tun M datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berjabat tangan dengan Anwar seolah-olah pertemuan tersebut telah dirancang oleh pihak tertentu. Nampak sangat pertemuan itu adalah sandiwara dengan masing-masing memainkan watak dan lakonan yang berkesan disamping peranan "tuan director" yang ada di belakang tabir untuk merealisasikan pertemuan itu.

Tanya mereka apa motif sebenar pertemuan itu diadakan? Wan Azizah, Azmin Ali, Khairuddin Hassan, Tian Chua, Lathefa Koya, Sivarasa, Ambiga, Kamaruddin Jaffar. Mereka ini ada kepentingan bersama atas tiket PKR dan Bersatu. Mana mereka nak letakkan Muhyiddin? nampak sangat Muhyiddin boneka dalam ini cerita.

Jika disingkap kembali sejarah 18 tahun dahulu, Tun M sangat dibenci oleh para reformis kerana Mahathir adalah orang yang pernah memecat dan menghina Anwar dalam peristiwa hitam politik negara yang berlaku pada 1998.

Bukan sekadar itu, Anwar turut di ditahan ISA dan disumbat ke dalam penjara atas bermacam-macam tuduhan liar yang dicipta oleh Mahathir. Mata Anwar lebam kerana ditumbuk pun masih belum terbalas.

Penyokong dan ahli PKR bermati-matian berguling diatas jalanraya pada waktu itu dengan laungan REFORMASI untuk mempertahankan Anwar yang kononnya tidak bersalah. Tapi selepas 18 tahun dosa itu seolah-olah telah terhapus tanpa mengorbankan apa-apa pun.

Namun penyokong Anwar tidak akan berpuas hati sekiranya Mahathir diberikan laluan percuma untuk berbaik semula dengan Anwar tanpa mengeluarkan sebarang ganti rugi dan pampasan yang tinggi untuk mengembalikan maruah pemimpin PKR itu.

Namun hukuman penjara selama 5 tahun yang sedang dijalani Anwar atas kesalahan liwat bersama Saiful Bukhari Azlan jangan pula nak diputar belitkan. Kerana ia adalah perbuatan sumbang Anwar dan telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

Boleh disimpulkan disini Mahathir dan Anwar adalah benar-benar BINATANG POLITIK. Yang menjadi mangsanya adalah rakyat kerana bersusah payah menyokong kedudukan Mahathir selama 22 tahun untuk mengayakan kroni dan anak-anak sehingga menjadi mereka antara makhluk yang terkaya di dalam Malaysia.

Pada penyokong Anwar pula mereka sanggup ditangkap, dibuang kerja dan bermatian matian berdemonstrasi sekitar bandaraya KL atas tiket reformasi kerana sayangkan Anwar.

Memang benarlah Melayu mudah lupa..

Buang masa je laungan REFORMASI pada 1998.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana