Pilihan Raya Negeri Selangor : DAP DAN PKR Bercanggah Pendapat

SEJAK beberapa bulan yang lepas, DAP mendesak agar Pilihan Raya Negeri Selangor (PRN Selangor) dijalankan lebih awal dari yang sepatutnya. Namun PKR tetap berkeras tidak mahu PRN tersebut diawalkan.

Sebelum ini Ketua DAP Selangor menuntut supaya PRN diadakan lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula pilihan raya.

Malah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut mendesak agar kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri lebih awal supaya ia tidak perlu memakai peta pilihan raya baharu yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DAP, PRN awal menjadi pilihan terbaik, susulan cadangan persempadanan semula SPR yang bakal “meremuk dan menyembelih peta Selangor semata-mata mengembalikan Umno di negeri itu”.

Namun begitu, lain pula pendapat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menolak cadangan tersebut. Kerajaan negeri tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lalu. Beliau tetap menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengadakan PRN awal.

Hubungan DAP dan PKR dilihat semakin tidak senada dan bercanggah. Kita juga amat maklum bahawa DAP merupakan sebuah parti yang amat angkuh. Walaupun Selangor diperintah oleh PKR namun DAP yang berkuasa secara mutlak di negeri ini.

Hasil keputusan analisis DAP Selangor menjurus kepada PRN Selangor perlu diadakan lebih awal dan keputusan telah dibuat pada mesyuarat tergempar parti itu. Kini kita akan menyaksikan pertembungan keangkuhan DAP dan kedegilan PKR dalam usaha “menunjukkan” siapa yang lebih berkuasa di Selangor.

Mungkinkah kita akan melihat  perpecahan pakatan harapan pula dan kali ini antara DAP dan PKR. Tahun lepas kita melihat adengan “ludah meludah” antara DAP dan PAS sehingga membawa bukan sahaja keretakan malahan kehancuran gabungan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana