Negara Ini Punya Perlembagaan. Daulat Tuanku!

Berderai air mata bila mengenangkan harapan untuk pihak Istana campurtangan, ditolak secara berhemah dan berilmu. Harapan kecewa, bila caranya tidak lagi berjaya seperti dahulu. It is not “My Way” anymore…

Itu hakikat yang perlu diterima oleh Mahathir dan sekutunya, yang gagal dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak.

Deklarasi rakyat, yang didakwa sebagai senjata ampuh mereka kini secara rasmi berstatus “tidak laku digunapakai” berikutan keengganan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mencampuri urusan kepartian dan deklarasi tersebut tidak mengikut perlembagaan negara.

Kita semua sedar, bahawa deklarasi tersebut memang bertujuan untuk memohon campurtangan istana dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri. Betapa terdesaknya golongan tersebut, yang dipimpin oleh Mahathir sehingga tidak lagi berpegang kepada sistem yang terbukti memasyhurkannya selaku perdana menteri selama 22 tahun. Itu juga sistem yang dahulunya sering diagungkan sebagai demokrasi, tetapi dipinggirkan kali ini demi mencapai maksud.

Deklarasi itu sendiri sudah hilang integritinya, apabila terpalit dengan skandal pembelian “database”. Entah ia, entahkan tidak nama-nama yang kononnya tersenarai itu setuju dengan apa yang terkandung di dalam deklarasi tersebut. Namun, apa yang hendak dihairankan, matlamat menghalalkan cara. Kan?

Apa yang penulis lihat, deklarasi rakyat pada awalannya adalah serampang dua mata. Selain ingin campurtangan pihak Istana, ia juga dijadikan modal dan gimik untuk mencipta gelombang anti-Najib. Tidak lebih dari itu.

Umumnya kita semua tahu, bahawa deklarasi rakyat atau sindiran politiknya “deklarasi Mahathir” itu tidak akan menjadi kenyataan, kerana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini adalah jelas, di mana pilihanraya adalah medium khusus untuk rakyat menentukan parti memerintah.

Raja Berpelembagaan, Daulat Tuanku!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana