Marilah Baca Dan Faham!!!!! Memahami perlembagaan dan hak bumiputera

Meskipun dikenali Bangsa Malaysia, rakyat Malaysia tetap terbahagi mengikut pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya, sukar bagi seorang warga Malaysia untuk bebas daripada perasaan syak wasangka dengan kaum dan penganut agama lain.
Namun begitu, penyelesaian terbaik bagi mengawal perasaan syak wasangka tersebut adalah dengan mengibaratkan diri anda sebagai anggota kaum atau penganut agama lain yang anda ada persepsi negatif terhadapnya. Dengan cara ini, dipercayai, seseorang itu boleh menyelami perasaan jati diri sesuatu kaum dengan lebih baik.

Kegagalan sistem pendidikan Aliran Tunggal

Oleh sebab itulah, kementerian pelajaran bertungkus-lumus untuk mempromosikan sekolah aliran tunggal di Malaysia. Namun, pengimplimentasian sistem persekolahan tersebut tidak dapat direalisasikan sehingga kini kerana tidak dipersetujui oleh beberapa parti politik dan pertubuhan berasaskan ras.

Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna bahawa sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak menggalakkan murid-muridnya bercampur dengan kaum lain. Malahan, sukatan pelajaran sekolah-sekolah tersebut sering menekankan nilai-nilai murni yang mengutarakan perpaduan dan integrasi sosial.

Kaum bukan Melayu harus memahami perlembagaan

Begitupun, kaum bukan Melayu harus memahami bahawa hak-hak istimewa kaum Melayu ataupun bumiputera, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, telah pun termaktub dalam kontrak sosial yang dirangkakan pemimpin kaum masing-masing, 60 tahun lalu. Kontrak sosial inilah yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan negara kita.

Kontrak Sosial asas Perlembagaan

Sebelum terbentuknya kontrak sosial, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Berstau atau UMNO yang diterajui Tun Hussein Onn menentang hebat pembentukan Malayan Union oleh British pada tahun 1946. Lantaran itu, UMNO berjaya mematahkan niat penjajah itu. Kejayaan tersebut memberi laluan kepada Raja-Raja Melayu, UMNO dan gabungan parti bukan Melayu membuat persiapan untuk kemerdekaan negara.

Pengorbanan kaum Melayu

Kaum bukan Melayu harus ingat bahawa kewarganegaraan yang sedang mereka menikmati di negara ini adalah pengorbanan penting kaum bumiputera kepada mereka. Oleh itu, sebagai balasan bagi pengorbanan tersebut, kaum Bumiputera diperuntukkan dengan hak-hak istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami hak-hak istimewa Melayu

Oleh hal yang demikian, adalah penting bagi golongan bukan Melayu untuk mengetahui apakah hak-hak istimewa kaum Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut dan seterusnya mempertimbangkan semula, sejauh manakah sebenarnya, mereka bebas bersuara- mempersoalkan hak-hak kaum Melayu di negara ini.

Menurut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama persekutuan negara. Namun, Perkara 3(1) membenarkan agama atau kepercayaan lain diamalkan secara aman di seluruh negara.

Justeru, keududukan agama Islam diperkukuhkan lagi dengan Perkara 11(4). Menurut Perkara tersebut, jabatan-jabatan penguatkuasa agama di peringkat negeri diberi kuasa untuk mengawal dan menyekat penyebaran kepercayaan atau agama lain dalam kalangan umat Islam, kuhsusnya orang-orang Melayu.

Selain daripada itu, Perkara 8(4)(f) menjelaskan- Rejimen Askar Melayu, Tentera Diraja Malaysia hanya untuk orang-orang Melayu. Jika kita menyorot kembali sejarah, Rejimen Askar Melayu ini ditubuhkan pada tahun 1933. Pasukan tentera yang hanya terdiri daripada kaum Melayu itu telah memerangi tentera Jepun dan Komunis pada zaman 40-an. Oleh itu, sebagai mengenang jasa mereka, Rejimen Askar Melayu dikekalkan hanya untuk kaum Melayu.
Manakala, Perkara 89 memperuntukkan hak-hak Melayu ke atas Tanah Rezab Melayu dan Perkara 152 pula memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Meskipun Bahasa Melayu diiktirafkan sebagai Bahasa Kebangsaan, bahsa-bahasa lain dibenarkan untuk dipelajari tanpa sebarang halangan. Bagi menjamin hal ini, kerajaan telah dan masih lagi membina sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Malah, sebahagian daripada sekolah-sekolah tersebut merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan.

Di samping itu, Perkara 153 menjaminkan kuota berkenaan dengan perkhidmatan dan permit bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak.

Tanggungjawab bersama Melayu dan Bukan Melayu

Sesungguhnya, perpaduan dengan hak sama rata bagi semua rakyat Malaysia adalah mustahil. Perpaduan yang diamalkan di negara ini dikenali sebagai perpaduan dalam kepelbagaian berlandaskan kontrak sosial yang kini merupakan undang-undang tertinggi ataupun Perlembagaan Persekutuan.

Oleh hal yang demikian, masyarakat bukan Melayu harus menghayati kandungan-kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan ha-hak istimewa kaum Melayu atau Bumiputera dengan mengimaginasikan diri mereka sebagai kaum Melayu. Malah mereka juga harus mengetahui mengapa dan bagaimana kontrak sosial dirangka 60 tahun lalu.
Namun begitu, kaum Melayu bertanggung jawab untuk memahami cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh masyarakat bukan Melayu khususnya generasi muda, dalam menjalani kehidupan harian mereka. Lebih-lebih lagi dengan gelaran “Kaum Pendatang” yang dilemparkan oleh sesetengah pihak. Kaum Melayu juga harus mengingati bahawa kaum bukan Melayu inilah yang menjadi antara faktor terpenting bagi kewujudan hak-hak istimewa Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana