Mana Azmin,Jika Dahulu SYABAS Dipersalahkan Berkaitan Isu gangguan Air Di Selangor, Sekarang Siapa?

Kemelut isu air Selangor yang bermula pada tahun 2014 bermula apabila  SYABAS  diambil alih oleh  kerajaan Selangor dengan bantuan untuk memulihkan kemelut air Selangor oleh kerajaan Persekutuan  bernilai hampir RM10 juta.

Kemelut isu air Selangor bermula apabila Pakatan  Selangor dengan sewenangnya melakukan tuduhan bahawa SYABAS sebagai kroni kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan tidak memikirkan hal berkaitan kemelut air dan  dikatakan asyik berpolitik.

Bukan itu sahaja, kumpulan Pakatan dengan sewenangnya mengatakan bahawa  kerajaan Basisan Nasional telah menggunakan SYABAS sebagai senjata politik dan dikatakan juga  sebagai alasan untuk  memaksa kerajaan Selangor untuk meluluskan projek Langat 2. Azmin Ali setelah menduduki jawatan Menteri Besar Selangor dengan sendirinya bersetuju menandatangani  projek Langat 2.

Kecaman demi kecaman dilakukan terhadap  Barisan Nasional apabila berlakunya  gangguan bekalan air di Selangor yang dikatakan bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan. Berbagai siri penerangan dilakukan bahawa Selangor akan  menghadapi masalah bekalan air jika Projek Langat 2 tidak dilaksanakan.

Berbagai alasan diberikan dan sikap menuding jari terus dilakukan kepada SYABAS oleh ADUN PKR YB Elizabeth Wong. Tetapi pada hari ini SYABAS telah berada ditangan Pakatan  dan gangguan bekalan air  masih juga berlaku tanpa ada penghujung penyelesaiannya.

Sekarang rakyat sedang melihat permainan  yang dimainkan oleh kerajaan Pakatan yang mana sebelum ini  asyik terus menuding jari kepada SYABAS, sekarang kepada siapakah yang harus dipersalahkan. Secara jelasnya  kerajaan Pakatan  tidak mampu untuk menyelesaikan masalah air yang berlaku di Selangor.

Elizabeth Wong sendiri tidak mempunyai alasan untuk menjelaskan mengapa perkhidmatan air terganggu. Satu penjelasan yang terperinci seharusnya diberikan kepada rakyat bagaimana gangguan bekalan air masih berlaku sedangkan kuasa untuk menaiktaraf sistem telah berada ditangan Pakatan Selangor.

Satu pertanyaan yang seharusnya dijawab oleh  Elizabeth Wong sekarang ialah siapakah yang sebenarnya yang bermain politik sehingga menyusahkan kehidupan rakyat. Kemelut yang tidak pernah diselesaikan oleh Azmin dan Elizabeth Wong.

Kehebatan pembangkang dalam Negara ini ialah menuding jari kepada orang lain apabila melakukan kesalahan, akan tetapi apabila kuasa telah berada ditangan, tiada satupun tindakan untuk mensejahterakan rakyat dilakukan.

Apabila berlaku kesilapan, mereka akan menyalahkan BN sebagai tidak berguna. Tetapi apabila terkena kepada mereka sendiri, mereka tidak akan menyalahkan diri mereka sebagai tidak berguna – Sama seperti Tokong Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan memarahi Lembaga Air Pulau Pinang di mana ia sendiri adalah Pengerusi lembaga air.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana