Macam Ini Pun Ada Buat Cerita!!!!! ‘Tiada Siapa Yang Meninggal’ – Safee Sali

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali menafikan yang beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung adalah tidak benar.

Perkara ini disahkan Safee sendiri menerusi akaun Twitter rasmi Johor Southern Tigers yang dimuat naik pada jam 5.40 petang tadi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Ish-ish, ape benda la lagi, saya tengah sihat ni haa, Alhamdullilah, takde siapa yang meninggal,” kata Safee.

Terdahulu, paparan skrin yang mengatakan pemain JDT berusia 32 tahun itu telah meninggal dunia viral di media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp.

Khabar angin itu dipercayai dimuat naik portal berita palsu yang menggunakan nama ‘Harian Metro News’ dengan mengatakan Safee dikejarkan ke hospital sebelum dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam pada itu tambah Safee, beliau akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat mengenai penyebaran berita palsu itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana