Logik Jika MCA Bertanding Di Gelang Patah - Khaled

SEOUL: Barisan Nasional (BN) Johor mahu MCA bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang kerana kerusi berkenaan secara tradisinya milik parti itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, "Ia masuk akal untuk meletakkan calon MCA di sana."

"Terpulang kepada parti (MCA) untuk memilih calon yang tepat dan kita (Umno) akan menyokong pilihan yang dibuat oleh parti," kata Khaled kepada pemberita semasa lawatan pelaburan ke Korea Selatan.

Khaled berkata, beliau menjangkakan penyandang kerusi Parlimen Gelang Patah dan veteran DAP, Lim Kit Siang tidak akan bertanding lagi di kawasan berkenaan.

"Kita tahu gaya dia (Lim), dia tidak akan bertanding semula di Gelang Patah kerana dia tahu dia akan kalah," katanya.

Khaled berkata pengundi di Gelang Patah menyedari bahawa Lim hanya bertanding di Gelang Patah demi untuk menang dan bukan untuk berkhidmat kepada mereka.

Mengenai khabar angin yang kuat mengatakan Lim yang juga Ketua Parlimen DAP akan bertanding di Parlimen Pasir Gudang di mana beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Khaled berkata:

"Lim tidak akan berani untuk bertanding di Pasir Gudang dalam pilihan raya kerana ia adalah kerusi majoriti Melayu... dia mungkin akan pergi ke Sarawak," katanya berjenaka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana