Kenapa Orang Cina Mula Sokong DAP Atau Pembangkang...Salah Satu Sebabnya Ini..

Kaum Cina yang generasi  Baru ini tidak akan menyokong Kerajaan Barisan Nasional lagi sebabnya mainan politik DAP yang meracuni fikiran mereka.Contohnya Orang Cina pun Rakyat Malaysia tetapi kenapa perlu ada Hak Bumiputra?Sedangkan dilahirkan Di Malaysia...Itu Mind Set mereka meracuni fikiran dan banyak lagi mempertikaikan hak keistimewaan Bumiputra.

Kalau anda menyokong Barisan Nasional apa anda boleh Dapat?Melayu dalam Pembangkang hanya Angguk sebabnya kerana UNDI Dan Mahu Meraih Sokongan dalam POlitik saja.

Kalau Kita Orang Cina pun akan menyokong jugak...Hak sama rata katakan yang dimainkan oleh Pemimpinan DAP.Orang Cina yang peringkat lama sudah tahu semuanya ini dengan penjanjian perlembagaan 135 hak bumiputra sudah dimeterai sudah sekelian lama lagi.

Berkuatkuasa pada 1 Sept 2016 kerajaan selangor akan memansuhkan diskaun untuk Bumiputera sebanyak 10% bagi kediaman pangsapuri servis.

Bumiputera yang selama ini mendapat nikmat kemudahan diskaun di seluruh Malaysia telah ditarik nikmat itu di Selangor.

Adakah kajian dan pendapat menyeluruh telah dilakukan oleh pihak berwajib ke atas rakyat Selangor terutamanya Melayu mengenai pemansuhan ini?

Sedang rakyat Malaysia bergelut bersaing untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa dan mampu milik, kerajaan Selangor mengambil keputusan drastik yang dianggap menindas dan kejam terhadap Melayu dan Bumiputera.

Berbeza dengan pendekatan dan usaha kerajaan persekutuan (BN) yang mahu membanyakkan pembinaan rumah mampu milik dengan pelbagai skim yang mesra rakyat.

Peluang untuk Bumiputera/Melayu untuk memiliki rumah pangsapuri servis semakin jauh dengan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung pembeli iaitu 10% wang cagaran pendahuluan dan interest yang tinggi 4% hingga 7% yang dikenakan pihak bank. Ini sesuatu yang membebankan kerana kos sebuah rumah pangsapuri servis beranggaran RM5ook ke atas.

Mungkin ini balasan dan tanda terima kasih kerajaan Pakatan Harapan kepada pengundi Melayu yang "totok" mengundi mereka. Kerajaan yang mereka pilih berat sebelah dan tidak pandai mentadbir dan tidak pandai mengurus wang kerajaan.

Penjawat awam diberi bonus yang tinggi walaupun pada hakikatnya kewangan negeri tidak mampu. Wang yayasan selagor dilaburkan ke dalam DEIG yang tidak tahu dimana untungnya. Peruntukan penyelenggaraan yang diberi kerajaan pusat disalahguna dan pelbagai ketirisan tanpa kawalan dilakukan di Selangor.

Itu belum lagi senarai kerugian dan senarai bankrup dan tutup permis kerajaan. Pelabur lari, cukai meningkat dan penyelenggraan infrastruktur yang tidak tersusun.

Mungkin juga MB Selangor Azmin Ali sudah tiada idea untuk menyelamatkan bangsanya sendiri dari terus ditindas oleh "kuasa besar" (pemimpin Cina DAP) yang berada dalam kabinet rapuh Dun Selangor.

Banyak dasar yg dilakukan oleh Azmin Ali mendapat tentangan barisan Exconya kerana barisan Exco tersebut berkuasa menentukan rugi dan untung kontraktor pembinaan di Selangor.

Untuk tujuan untung berterusan, maka keputusan menarik balik diskaun bumiputera terpaksa dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana