Jurulatih Dapat Tambahan Ganjaran 10 Peratus - KJ...wowww Negara akan Jatuh miskin ni

SEPANG: Jurulatih atlet paralimpik negara yang memenangi pingat di Rio de Janeiro, Brazil akan menerima ganjaran tambahan sebanyak 10 peratus berbanding kadar biasa.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, insentif tambahan itu diberikan sebagai menghargai usaha mereka sehingga berjaya membantu atlet istimewa mencapai kejayaan tahap tertinggi dalam bidang sukan dengan prestasi luar biasa.
“Seperti mana skim jurulatih Olimpik dan Paralimpik, kita beri imbuhan 20 peratus di atas pencapaian anak buah mereka.
“Pada 2016 kita bagi 30 peratus daripada yang diperolehi anak buah mereka. Contoh Mohamad Ridzuan dapat RM1 juta, maka jurulatihnya dapat RM300,000,” katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan wira dan wirawati Paralimpik negara di Kompleks Bunga Raya di sini, Khamis.
Khairy berkata, imbuhan tambahan itu juga akan diberikan kepada jurulatih atlet Olimpik.
Majlis penyampaian insentif itu akan diadakan pada 9 Oktober ini di Hotel St Regis Kuala Lumpur, serentak dengan penyampaian insentif kepada atlet Olimpik dan akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Khairy, kisah kejayaan atlet paralimpik negara ini akan dijadikan sebagai kisah ikonik seperti mana yang diarahkan perdana menteri dalam ucapannya ketika menyambut ketibaan kontinjen Paralimpik negara.
“Kita akan bawa atlet Paralimpik dan Olimpik ke sekolah-sekolah dan kita akan gunakan peluang ini untuk program-program pencarian bakat muda dan pelapis, terutamanya di kalangan anak muda kelainan upaya,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy turut menyeru syarikat-syarikat swasta agar mengambil atlet tempatan sebagai duta produk memandangkan atlet tempatan turut dikenali oleh rakyat negara ini.
“Saya harap sangat syarikat-syarikat swasta dapat menggunakan atlet tempatan sebagai ikon atau dalam pengiklanan perniagaan mereka.
“Saya tahu banyak syarikat melabur berjuta-juta ringgit untuk atlet antarabangsa, bukan tak boleh tapi saya rasa tahap rakyat Malaysia kenal atlet-atlet tempatan sangat tinggi dan atlet antarabangsa boleh diteruskan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana