Inilah Yang Kita Mahukan.....Ketua Dewan Ulama PAS dilantik Ketua Kluster Dakwah MPI - Zahid

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berkuat kuasa Rabu.

Pelantikan bagi menggantikan penyandang, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan Multaqa Ekonomi MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Mahfodz diyakini dapat membawa kluster dakwah itu ke arah usaha penyatuan ummah dengan berkesan seperti peranan yang dimainkan penyandangnya sebelum ini.

"Kluster dakwah kehilangan seorang tokoh. Pada hemat saya, ia harus digantikan oleh seorang lagi tokoh yang boleh membawa kluster ini ke arah penyatuan ummah dengan keupayaan mengetepikan kobilah, fahaman dan perbezaan politik demi kemaslahatan (manfaat) ummah secara keseluruhan," katanya.

Allahyarham Haron, 76, yang juga Mursyidul Am PAS, yang dilantik mengetuai kluster dakwah pada Januari lepas, meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco di Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung pada 16 Sept lepas.

Ahmad Zahid berkata pelantikan Mahfodz dibuat bukan berasaskan parti politik atau organisasi yang disertainya tetapi atas kepercayaan MPI terhadap keupayaan Pesuruhjaya PAS Johor itu menerajui multaqa dan melontarkan pandangan kepada kerajaan dan sektor lain ke arah mewujudkan penyatuan ummah.

Timbalan perdana menteri berkata walaupun tidak menghubungi Mahfodz secara langsung namun percaya beliau akan menerima pelantikan itu demi kemaslahatan ummah.

Ditubuhkan atas inisiatif Ahmad Zahid sendiri, MPI yang dianggotai tokoh daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin badan bukan kerajaan berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberi cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menerima resolusi multaqa mengandungi lima saranan dalam usaha mengintegrasikan sistem ekonomi, antaranya membangunkan institusi waqaf korporat, menjadikan syarikat berkaitan kerajaan sebagai institusi korporat amanah dan menubuhkan profesion audit halal global.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana