Inilah Madey....Dulu tentang, sekarang sokong

Penganjuran sekali lagi perhimpunan Bersih pada November ini tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat walaupun kini mendapat ‘restu’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat boleh menilai sendiri agenda Dr. Mahathir apabila prinsipnya telah berubah secara total walaupun sebelum ini beliau lantang menentang sebarang perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan di luar proses demokrasi.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai bekas pemimpin negara, Dr. Mahathir sepatutnya bersama-sama kerajaan membantu menstabilkan negara ketika berdepan dalam ketidaktentuan ekonomi global biarpun kini berada di gelanggang yang sama dengan pembangkang.

“Penganjuran Bersih jelas sekali merupakan alat pembangkang. Mereka sudah tentu tiada isu baharu yang dibangkitkan hanyalah skrip lama yang diulang-ulang. Dr. Mahathir ini macam mana kita nak hormat keputusannya kalau semua yang dibuat sekarang ini bercanggah dengan pendirian beliau sebelum ini.

“Kita sedih melihat perhimpunan Bersih ini kerana ia memberi implikasi kepada ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam kea­daan ekonomi global yang tidak menentu. Tindakan ini hanya akan meresahkan pelabur asing, namun sebagai kerajaan kita akan berdepan dan menanganinya dengan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini tersebar seke­ping gambar pertemuan penganjur perhimpunan Bersih bersama para pemimpin pembangkang termasuk Dr. Mahathir sekali gus membuktikan perhimpunan haram itu sememangnya menjadi alat pembangkang.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, penganjuran Bersih secara terang-terangan didalangi pihak pembangkang yang jelas sekali mempunyai agenda politik demi menyebarkan propaganda mereka melalui platform haram itu.

Katanya, penganjur perhimpunan itu tidak sepatutnya menggunakan alasan perhimpunan berkenaan sebagai hak untuk bersuara walhal ia merupakan pentas untuk pembangkang menghasut rakyat membenci kerajaan.

“Pihak penganjur Bersih seolah mengalu-alukan kehadiran para pemimpin pembangkang bagi meluaskan pengaruh mereka di perhimpunan Bersih nanti dan sudah pasti akan memberi kepentingan terhadap parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr. Mahathir untuk menambah keahlian.

“Rancangan untuk mengadakan konvoi Bersih hanya akan mengotorkan lagi pemikiran rak­yat untuk mengheret lebih ramai ke perhimpunan mereka nanti. Saya yakin, rakyat sudah dapat menilai melalui perhimpunan-perhimpunan sebelumnya yang tidak mendatangkan apa-apa,” katanya. 


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana