GEMAR SANGAT BONGKAR RAHSIA KERAJAAN, RAFIZI BAKAL DIPENJARAKAN 7 TAHUN SEKIRANYA SABIT KESALAHAN

Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih rakyat Rafizi sepatutnya tahu batas sebagai wakil rakyat bagi sesi penghujahan di dalam dewan ataupun semasa berceramah di pentas politik. Sekiranya Rafizi tidak tahu mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan dia boleh merujuk penasihat undang-undang.

Tetapi sekiranya dia terus lalai dan alpa tindakan undang-undang perlu diambil tindakan atas dirinya yang mungkin boleh tindakannya menjejaskan prestasi sesebuah organisasi ataupun sebuah negara.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes piram facie terhadap Rafizi kerana memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bagi pertuduhan pertama, Mahkamah telah memerintahkan Rafizi Ramli membela diri atas dua pertuduhan memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Laporan 1MDB dikatakan diperolehi di laman web, Facebook, telefon bimbit dan pada sidang media di lobi Parlimen pada 24 Mac 2016 yang lalu. Mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat sama, pada 3 petang, 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Mac 2016 Datuk Hassan Ariffin telah melaporkan bahawa Laporan Akhir pengauditan 1MDB oleh Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tindakan itu dilakukan selepas Laporan Interim 1MDB yang dibentangkan kepada PAC Julai lalu dibocorkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara (JAN).
Kita tunggu kes perbicaraan yang akan bermula pada 27 September ini samada Rafizi mahu membela dirinya ataupun dia sendiri akan mengaku salah dengan "gurauan" yang telah dilakukannya.

Rakyat beri amanah untuk buat kerja bagi membangunkan kawasan parlimen Pandan. Tapi Rafizi suka buat fitnah dan gurauan yang berniat jahat terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan.

Nasihat kepada Rafizi mahu bergurau boleh tapi jangan sampai melebih-lebih. Buruk padahnya.. sekarang kamu jawab dalam mahkamah dulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana