Gabenor Isytihar Darurat Di North Carolina...Inilah Bahaya nya Jika Berlaku Rusuhan Kaum

NEW YORK: Gabenor North Carolina mengisytiharkan perintah darurat di seluruh negeri itu susulan keganasan rusuhan yang memasuki hari kedua di Charlotte, lapor portal Al Jazeera.

Rusuhan itu tercetus selepas bantahan terhadap insiden seorang lelaki kulit hitam ditembak mati polis, bertukar ganas dan menyaksikan seorang penunjuk perasaan cedera parah akibat terkena tembakan rambang.

Polis mendakwa, tembakan yang menyebabkan seorang penunjuk perasaan cedera parah, dipercayai dilepaskan oleh orang awam, bukannya pihak polis.

"Saya mengumumkan perintah darurat dan mengerahkan Pasukan Pengawal Negara untuk mengembalikan ketenteraman," kata Gabenor Pat McCrory pada malam Rabu.

Pada awalnya, penunjuk perasaan berarak di seluruh Charlotte secara aman bagi membela nasib Keith Lamont Scoott yang ditembak mati pada Selasa ketika mangsa sedang membaca buku sambil menunggu anak pulang dari sekolah.

Namun tindakan polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan demonstrasi itu menjadi rusuhan dengan penunjuk perasaan bertindak ganas memusnahkan harta benda awam termasuk kenderaan polis.

Pasukan keselamatan turut menggunakan peluru getah bagi menyuraikan protes, tetapi keadaan bertambah buruk apabila lebih ramai yang menyertai tunjuk perasaan itu.

Setakat malam Rabu, seramai 16 anggota polis dan beberapa penunjuk perasaan cedera dalam pertempuran, tetapi tiada sebarang tangkap dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana