DULU BUKAN MAIN HEBAT HENTAM, TAPI SEKARANG DAH HILANG RM7 BILION, PANDAI PULA KATA JANGAN POLITIKKAN ISU AIR!!!

Masa SYABAS dikatakan sebagai syarikat kroni UMNO, bukan main lagi para pemimpin dan peminat Pakatan menghentam Syabas. Hampir setiap masalah yang melibatkan pembekalan air kepada rakyat, akan dipersalahkan sepenuhnya kepada Syabas, malah dikatakan pula sebagai taktik UMNO untuk merampas kuasa di Selangor.

Keji sangatlah UMNO dan Barisan Nasional kerana mempolitikkan bekalan air di Selangor. Para pemimpin Pakatan seperti Elizabeth Wong dan Tony Pua, beria-ia menuduh UMNO sebagai puncanya, manakala para penyokong mereka jauh lebih maju dalam membuat tuduhan, kononnya ada orang UMNO yang menutup kepala paip besar di loji-loji air Syabas.

Tidak cukup dengan tuduhan dan fitnah, demonstrasi pun dianjurkan oleh Pakatan. Para penyokong mereka pun sangat beriya-iya dan begitu mempercayai bahawa UMNO sebenarnya yang telah menggunakan air sebagai bahan politik yang sangat keji.

Segala jawapan daripada Syabas, langsung tidak diambil kira. Malah penjelasan yang diberikan berhubung masalah pembekalan air, terutama sekali membabitkan bekalan air mentah yang tidak cukup malah terlalu tercemar, diketawakan dan diejek-ejek dengan pelbagai politik retorik.

Kini, Syabas merupakan salah satu entiti Kerajaan Negeri Selangor dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor adalah salah seorang penamanya.

Masalah bekalan air meruncing di Selangor kerana pencemaran yang dipercayai berlaku dari kawasan industri, yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Azmin Ali.

Lebih sejuta pengguna air terjejas kerana pencemaran tersebut dan penutupan loji-loji Syabas daripada beroperasi. Elizabeth Wong yang suatu ketika dahulu bercakap besar kononnya, di bawah Kerajaan Pakatan, Syabas akan bebas daripada kelemahan, kini menjadi jurucakap yang membela pencemaran tersebut.

Malah Noh Omar yang menghentam kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat dituduh cuba mempolitikkan isu air di Selangor. 'Nasihat' diberikan kepada Noh Omar agar tidak mempolitikkan isu air.

Hairan juga, masa mereka mempolitikkan isu air sebelum Disember 2014, tidak pula mereka ingat. Malahan misteri ke mana hilangnya peruntukan air berjumlah lebih RM7 bilion daripada RM9.6 bilion juga nampaknya langsung tidak disentuh.

Kalau kena kat batang hidung sendiri, semuanya jangan dipolitikkan. Kalau kena kat orang lain, tahi berkelampung atas air pun, jadi bahan politik yang paling asyik!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana