Deklarasi tidak ikut Perlembagaan...Madey Kalau Baca Tentu Maluuu

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjelaskan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Pembangkang yang dibuat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Seri Paduka bertitah demikian ketika menerima Dr. Mahathir menghadap di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah minggu lalu.
Menurut beliau, sebarang tin­dakan sepatutnya diuruskan me­ngikut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi membolehkan rakyat membuat keputusan.
“Tuanku Abdul Halim turut bertitah kepada Dr. Mahathir bahawa Seri Paduka tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Dr. Mahathir menghadap Seri Paduka pada 15 September lalu bagi mempersembahkan Deklara­si Pembangkang yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri.Tindakan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM itu disifatkan oleh banyak pihak sebagai ‘wayang politik’ untuk menarik perhatian rakyat.

Dr. Mahathir turut dilihat sebagai terdesak apabila mempersembahkan deklarasi berkenaan bagi menjaga air muka beliau di hadapan penyokongnya.

Malah, ada pihak yang mempersoalkan kewajaran Dr. Mahathir mengambil tindakan se­perti mahu mengheret institusi diraja dalam kemelut politik rekaan beliau sendiri.

Lebih menghairankan, sebelum pertemuan itu, Dr. Mahathir pernah mendakwa bahawa Seri Paduka ‘disekat’ daripada bertemu beliau dan tuduhan tersebut akhirnya terbukti tidak benar.
Deklarasi Pembangkang juga dikecam kerana ia membelakangkan hak rakyat untuk memilih kerajaan secara demokratik melalui pilihan raya yang sah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana