DAP TIDAK PERLU CARI PASAL TERUS SPIN RUU 355 KONONNYA HUDUD...JAHAT DAP NI

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat yang akan bermula pada 17 Oktober ini dilihat bakal memberi tumpuan kepada isu Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (RUU 355) yang akan dibahaskan.

Walau bagaimanapun apa yang menjadi persoalan adalah usaha konsisten DAP untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam bahawa RUU 355 ialah langkah kepada pelaksanaan hukum hudud terus menjadi-jadi.

Malah lebih tragik lagi, DAP juga cuba menakutkan kaum Cina dengan isu potong tangan.

Namun apa sebenarnya yang ditakuti DAP terus menjadi tanda tanya.

Pelbagai penerangan telah dibuat namun DAP terus menghentam.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyifatkan, tidak ada sebab untuk orang bukan Islam berasa bimbang dengan RUU 355.

“Orang bukan Islam tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam,” kata Irmohizam.

Menurut beliau Seksyen 2 Akta 355 menjelaskan, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Irmohizam menjelaskan, sebarang usaha menakutkan masyarakat bukan Islam dengan hudud adalah menyimpang dan bersifat fitnah terhadap Akta Mahkamah Syariah.

Untuk melaksanakan Akta Hudud katanya, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

“Tiga bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda, dan ini memerlukan undi dua pertiga di Parlimen,” kata lagi.

Sedangkan katanya, RUU 355 hanya memerlukan undian 112 untuk diluluskan dengan majoriti mudah.

“Malah, ia pernah dipinda pada 1984. Akta ini diperkenalkan pada 1967. Malah ahli DAP seperti Tan Seng Giaw sendiri berada dalam Parlimen ketika pindaan 1984,” kata Dr. Irmohizam.

Seng Giaw patut menjadi pakar rujuk DAP kerana dia saksi pindaan itu dibentang dan diluluskan.

Malah, Irmohizam menyifatkan, DAP sengaja memberi reaksi terperanjat, sekali pun menyedari RUU 355 tiada kaitan dengan pelaksanaan terhadap bukan Islam.

Malah, RUU 355 bukan Akta Hudud kerana ia hanya membabitkan kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi kes-kes zina, fitnah zina dan arak.

Bagi kes jenayah jelas Irmohizam, termasuk jenayah bunuh, rogol dan samun, semuanya kekal di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

“Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana