DAP, PKR Nak Anwar, Mahathir Nak Muhyiddin, ‘Berperang’ Lagilah..

BELUM pun sebulan parti Pribumi ini ditubuhkan secara rasmi, Pengerusinya Mahathir sudah mengumum bahawa Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu menang dalam PRU14 yang akan datang.

Terbatuk-batuk gamaknya Anwar yang merengkok dalam penjara melihat usahanya menyatukan (atau saling menggunakan) parti-parti pembangkang selama bertahun-tahun sejak 1998, ‘dihijack’ dengan begitu mudah oleh Mahathir yang sememangnya dikenali sebagai kepala hijack segala benda.  Walaupun ada TAPI dibelakangnya tapi pedulikanlah, sebab tak relevan dengan situasi semasa.

Yang penting, dengan parti Mahathir tak boleh menang pilihanraya sendirian, sudahkah perkara ini dibincangkan dengan parti pembangkang yang lain?  Kita pun tak tahu bila yang Mahathir berjumpa dengan semua parti pembangkang sebelum buat pengumuman ini atau ia adalah seperti Mahathir yang biasa, MyWay or No Way at all.

Kedudukan parti Mahathir itu sendiri berbanding parti pembangkang utama lain pun masih belum dapat dipastikan, nak cari ahli masih terkial-kial, tapi cakap begitu megah sekali sehingga boleh menamakan bakal Perdana Menteri sendiri, seolah-olah semua 3 juta ahli UMNO ini, pindah masuk parti dia saja lagaknya.

Betul, kalau ikut peraturan hari ini. Anwar tak boleh terlibat dalam politik selama 5 tahun selepas dibebaskan dari penjara, tapi bukankah pembangkang bercadang melakukan sesuatu mengenai perkara itu atau paling tidak memilih seorang yang mereka percaya sebelum Anwar mengambil alih?  Datang mana pulak Muhyiddin dalam hal ni, parti dia pun tak sampai sebulan ditubuhkan?

Sebab itu respon dari PKR, DAP, PAS dan lain-lain selepas ini sangat ditunggu, terutama dari PKR.  Nak dengar apa Wan Azizah kata dan apa Azmin akan kata, mesti syok ni.

Tapi rakyat boleh menjangkakan keadaan tidak stabil di kalangan parti-parti pembangkang dengan cadangan ini sahaja – belum cerita benda-benda lain lagi.

Apa pun, satu hal yang pasti, sejak Mahathir menubuhkan parti sendiri ini, apa yang keluar setakat ini hanyalah cerita berkaitan Perdana Menteri.  Anaknya Mukhriz kelmarin, bercakap Perdana Menteri (kalau mereka menang) hanya dihadkan selama 2 penggal sahaja, Mahathir pulak hari ni mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri kalau pembangkang menang.

Mana cerita tentang rakyat?  Kita rakyat ni tunggul nak kena penuh kemahuan dia sajakah?

Sedangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, hari-hari bercakap tentang rakyat, MRT, bajet 2017 dan sebagainya, semua ini tentang rakyat dan segalanya rakyat.  22 tahun kita jadi tunggul, sudah-sudahlah tu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana