Bertindak sekat deklarasi pembangkang

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Kerajaan perlu bertindak bagi merencatkan usaha pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi deklarasi pembangkang.

Pensyarah Undang-Undang Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata, ini berikutan deklarasi itu sendiri tidak sah dari sudut Perlembagaan kerana merupakan usaha kumpulan tertentu dan bukan mewakili suara majoriti rakyat.

Malah beliau yang juga Setiausaha Kluster Politik, Ke­selamatan dan Antarabangsa Maj­lis Profesor Ne­gara menegaskan, deklarasi ter­­se­but tidak mempunyai kaji se­lidik saintifik yang menjelaskan ma­joriti rakyat menolak kepe­mim­­pinan kerajaan pada waktu ini.
“Kerajaan yang memerintah Ma­laysia sekarang adalah yang di­pilih secara demokratik. Deklarasi ini ternyata mahu menjatuhkan Per­dana Menteri yang dilantik a­tas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Mana boleh Perdana Menteri dapat dijatuhkan dengan hanya sekeping dokumen yang mempunyai unsur menghasut dan memfitnah. Sepatutnya, polis sudah lama menangkap mereka yang terlibat dalam pakatan ini dan tidak terkecuali Dr. Mahathir. Tidak ada sesiapapun yang dapat melebihi kuasa undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah menjelaskan kepada Dr. Mahathir bahawa deklarasi pembangkang yang dibuat itu tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Najib berkata, Seri Paduka bertitah demikian ketika menerima Dr. Mahathir menghadap di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah minggu lalu.

Menurut beliau, sebarang tin­dakan sepatutnya diuruskan ­me­­ngi­kut amalan lazim iaitu mela­lui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi membolehkan ­rak­yat membuat keputusan.
Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berpendapat, Dr. Mahathir bukan lagi ahli Parlimen dan tidak berada dalam pentadbiran negara untuk meminta Yang di-Pertuan­ ­Agong menerima deklarasi cip­ta­an mereka sendiri termasuk menggulingkan Perdana Menteri.

Katanya, Tuanku Abdul Halim mempunyai pengalaman yang luas dalam pemerintahan negara selain dua kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Dari segi pengalaman, Tuan­ku Abdul Halim mempunyai pe­ngalaman yang cukup luas dan banyak. Apa-apa keputusan yang ditentukan oleh Seri Paduka Ba­gin­da tidak boleh dipertikaikan.
“Kalau kumpulan pembangkang ini tidak berpuas hati de­ngan pemerintahan kerajaan se­karang, mereka perlu tunggu pa­da pilihan raya umum akan datang dan bertanding. Sistem sedia ada sekarang, mereka juga (terutama Dr. Mahathir) yang bentuk dan tadbir suatu masa dahulu dan apabila keluar dari kerajaan, mereka jadikan isu dan cuba menggunakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan Perdana Menteri,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana