Belum Sebulan Parti Mahathir Diluluskan, Mereka Dah Berebut Jawatan...Habis Anwar Nak Campak Kemana Plak?

Baru sahaja minggu lepas ketika di London (laporan media hari ini), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dilantik jadi Perdana Menteri jika PPBM dan pembangkang menang PRU14, tiba-tiba hari ini Khairuddin Abu Hassan, penyokong tegar Dr Mahathir dilaporkan berkira-kira nak menyertai PKR ataupun DAP kerana tidak puas hati dengan Muhyiddin.

Satu lagi tindakan bikin spoil dari Khairuddin yang merosakkan mood penyokong PPBM khususnya orang Muhyiddin yang tengah seronok dilambung angan-angan jadi PM, gara-gara Khairuddin dah tak tertahan sangat rasa kecewa dengan kepimpinan Muhyiddin dalam PPBM.muhyiddin-ketepi-penyokong-mahathir

Yang bawa cerita ini bukannya Utusan atau Berita Harian, tapi portal FMT yang sejak dulu tergolong antara portal pro pembangkang yang kerap mempromosikan serangan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam laporan itu, FMT yang memetik sumber dalamam turut mendedahkan selain Khairuddin, ramai lagi penyokong Dr Mahathir yang lain tidak berpuas hati dengan kerja buat Muhyiddin yang didakwa mahu mengawal PPBM dengan mengetepikan penyokong Dr Mahathir.

Ringkas kata mereka sedang berebut sama sendiri. Kem Mahathir tengah mengamuk gara-gara jawatan yang sepatutnya untuk mereka tapi kini jawatan dah terlepas ke tangan penyokong Muhyiddin yang didakwa banyak goyang kaki.

Dr Mahathir yang tubuh parti, orang Mahathir yang bersungguh menubuhkannya, penyokong Mahathir beria-ia mempromosikannya namun yang dapat jawatan orang Muhyiddin. Mana aci, tak gitu?

Itu usia PPBM masih jauh dari nak cukup setahun jagung, baru tak sampai sebulan diluluskan. Bayangkan kalau sempat sampai PRU14, mahunya bergolok berparang berebut nak jadi calon berebut kawasan dengan kawan-kawan.

Khairuddin pula, seperti diketahui umum baru-baru ini sebaik sahaja Muhyiddin dinamakan sebagai Presiden PPBM @ Parti Mahathir di hari yang sama juga dia mengumumkan tidak akan menyertai parti tersebut.

Dia orang pertama yang umum Dr Mahathir akan tubuhkan parti dan dia juga orang pertama umumkan tidak akan menyertai PPBM @ Parti Mahathir hanya disebabkan Muhyiddin yang jadi Presiden. Itu rekod dunia paling unik, seribu tahun lagi belum tentu ada rekod sebegini.

Malu Muhyiddin dibuatnya. Bikin spoil orang kata. Tapi kalau Khairuddin sampai tergamak nak sertai PKR atau DAP, yang dulu dibencinya, itu bukan lagi jilat ludah sendiri tapi dah sampai peringkat jilat kahak dan muntah namanya.

Tapi apapun, tindakan Muhyiddin utamakan orang-orangnya untuk kebanyakan kedudukan ada asas untuk kepentingan politiknya. Itu insuran politik kot-kot habis edah tempoh jawatan penaja parti, tiba-tiba Muhkriz Mahathir masuk gear nak segera singkirkannya kurang-kurang ada juga macai-macai yang akan pertahankan kedudukannya kelak.

Pun begitu bila timbul isu berebut jawatan dan rungutan tidak puas hati penyokong Dr Mahathir dengan kepimpinan Muhyiddin selaku Presiden PPBM ini sebenarnya tak mengejutkan sangat pun.

Asal usul kebanyakan pemimpin atasan dan pertengahan dalam PPBM itu pun dulu ramai dari kalangan mereka yang asalnya tewas dalam pemilihan semasa berada dalam UMNO dulu. Tak dapat rebut jawatan dalam UMNO, kini mereka sambunglah acara perebutan jawatan dalam PPBM pula.

Masa dalam UMNO mereka merungut tak puas hati dengan pucuk pimpinan parti, bila lompat masuk parti Mahathir mereka merungut tak berkenan cara Muhyiddin. Kalau buat sepuluh lagi parti baru pun sama saja perangainya. Banyak songeh, banyak cekadak punya orang sama macam perangai Mahathir jugalah gayanya. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana