Ananda Perlu Serah Diri, Buktikan Kebenaran Di Sebalik Tuduhan

Agak mengejutkan apabila sebuah mahkamah di New Delhi telah mengeluarkan waran tangkap ke atas ahli perniagaan Malaysia Tan Sri T Ananda Krishnan dan pembantunya Augustus Ralph Marshall selepas mereka didakwa gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa India sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan The Times of India saman untuk kedua-dua mereka gagal diserahkan dengan cara biasa melalui saluran perundangan antara negara. Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa Malaysia menolak untuk menyerahkan saman berkenaan. Dalam keadaan begitu satu-satunya cara yang ada ialah untuk menghubugi Interpol. Justeru pengeluaran waran tangkap adalah perlu dalam kes ini.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa pada 2014 Biro Siasatan Pusat India telah mengemukakan tuduhan ke atas Ananda dan Marshall serta ahli politik di selatan negara itu yang juga bekas menteri telekomunikasi negara itu, Dayanidhi Maran atas dakwaan rasuah. Mereka dituduh bersubahat membantu kumpulan Maxis menguasai sebuah syarikat telefon India pada 2006.

Melihat akan hal ini, Ananda yang dikenali sebagai salah seorang kroni rapat Tun Dr Mahathir sewaktu beliau berkuasa selaku Perdana Menteri, wajar untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa India. Ini kerana, kesnya telah dibicarakan di mahkamah dan seharusnya, beliau hadir bagi membuktikan bahawa tuduhan berkenaan tidak benar dan berniat merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Ini kerana, sebarang kegagalan mahupun kedegilan Ananda untuk melakukan perkara ini dikhuatiri, akan menjejaskan hubungan dua hala New Delhi – Putrajaya dalam segenap aspek. Paling dikhuatiri adalah, mungkin terdapat tuduhan daripada pihak berkuasa India menuduh kerajaan melindungi orang yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa di sana.

Dalam satu perkembangan, terdapat kata-kata sinis yang mendakwa, tiada keperluan untuk menyerahkan Ananda kepada pihak berkuasa India kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sendiri enggan melayan sebarang persoalan yang ditimbulkan oleh Jabatan Peguam Negara Amerika berhubung dakwaan penyelewengan dana yang kononnya melibatkan 1MDB dan diri beliau sendiri.

Kenyataan ini nyata terlalu dangkal dan bodoh kerana kes yang membabitkan Ananda dan Datuk Seri Mohd Najib adalah berbeza sama sekali. Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah disebut dalam laporan DoJ sebelum ini. Paling utama, DoJ tidak pernah mengeluarkan apa-apa waran tangkap terhadap beliau berhubung isu yang membabitkan 1MDB di Amerika Syarikat.

Malah, kes ini juga telahpun digugurkan secara rasmi oleh DoJ dan ianya sekaligus membebaskan Datuk Seri Mohd Najib dari sebarang tuduhan. Dalam kes yang membabitkan Ananda, mahkamah di India telah membicarakan kes ini tanpa kehadiran Ananda. Nama Ananda juga secara jelas disebut dalam perbicaraan ini di mana kegagalan Ananda hadir ke mahkamah berkenaan telah membawa kepada keluarnya waran tangkap.

Sewajarnya, dalam kes ini, Ananda perlu tampil ke India bagi membersihkan namanya. Selaku orang kedua terkaya dalam Malaysia, reputasinya sebagai pemilik Maxis Telecomunication dan ASTRO Broadcasting serta beberapa syarikat lagi, perlu di pertahankan. Sebarang pendakwaan terhadapnya, samada dengan kehadiran mahupun tidak hadir, pastinya akan merosakkan imejnya selaku ahli perniagaan paling berjaya di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana