Yakin pada saya kemelut politik Terengganu dapat diselesaikan

Datuk Seri Najib Razak meminta seluruh kepemimpinan dan rakyat Terengganu memberi kepercayaan penuh kepadanya selaku Presiden UMNO untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Beliau yang juga Perdana Menteri percaya menerusi kaedah muafakat dan syura yang menjadi pegangan kepemimpinannya, ketegangan politik di negeri penyu itu boleh diselesaikan dengan baik.

“Tak usahlah serabutkan kepala kita. Serahkan pada saya sebagai presiden parti untuk buat yang terbaik. Saya pun sudah dan sedang berbincang dengan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu dari hati ke hati dan saya akan mendapat gambaran yang terbaik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) berucap di majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

“Mudah-mudahan kalau ada muafakat akan selesai,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Kuala Terengganu dan Pertandingan Pusat Daerah Mengundi UMNO Terengganu di Stadium Negeri pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Najib berkata, menerusi prinsip syura yang diamalkan dalam kepemimpinannya, beliau tidak akan membuat keputusan secara sendiri, sebaliknya dengan cara melakukan rundingan bersama.

Selain itu, katanya, adalah penting dalam mana-mana pertubuhan untuk bergantung dan taat kepada satu nakhoda sahaja yang menjadi antara satu ramuan untuk memperoleh kemenangan dan kejayaan termasuk dalam kepemimpinan politik.

“Dalam mana-mana pertubuhan kena ada satu nakhoda sahaja sama ada kapten peringkat negeri atau Pusat. Nakhoda itu adalah seorang yang kita perlu taat padanya supaya organisasi kita kuat.

“Nakhoda pun kena ambil kira dan dengar anak buah. Kena ada semangat berpasukan dan kerjasama yang baik atas semangat syura, maka bahtera kita akan lancar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya jangan ada pihak yang cuba dan sanggup menebuk kapal sehingga boleh menyebabkan ia tenggelam.

“Oleh itu, marilah kita serahkan soal kepemimpinan ini kepada saya dan pihak yang berkenaan. Niat saya tiada lain, selain hendak pastikan UMNO dan BN lebih kukuh,” katanya.

Najib berkata, Terengganu yang disifatkannya sebagai ‘swing state’ mempunyai kekuatan untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, namun perlu mengelakkan pergeseran sesama sendiri yang boleh menjejaskan peluang berkenaan.

“Terengganu ini ada masa menang cemerlang, ada masa menang sipi-sipi dan ada masa kalah. Sebab itu kalau hendak menang, kita buatlah cara hendak menang. Jangan berbalah satu sama lain,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana