Tunku Tun Aminah presiden baharu JDT

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) akan menganjurkan Majlis Pengenalan presiden baharunya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang juga merupakan Puteri kepada Sultan Johor.

Menerusi kemas kini status di laman Johor Southern Tiger, majlis tersebut akan diadakan pada Khamis ini sekitar jam 2 petang bertempat di bilik sidang media, Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin.

Pada 2013 lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Difahamkan, Datuk Ismail Karim telah dilantik sebagai Presiden PBNJ yang baharu selepas Tunku Ismail melepaskan jawatan tersebut.

Keputusan Tunku Ismail melepaskan jawatannya sebagai Presiden PBNJ sebelum ini diambil setelah mendapat perkenan Sultan Johor dan juga hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

Buat masa ini, Tunku Ismail merupakan pemilik Kelab JDT dan Penaung Diraja PBNJ.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana