Tun M Tidak Konsisten Dalam Perjuangan Untuk Negara – Hishammuddin

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong menunjukkan beliau tidak konsisten dengan apa yang beliau perjuangkan untuk masa depan negara ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebagai bekas perdana menteri, Dr Mahathir seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah beliau lakukan ketika itu.

“Kita tak boleh alih ‘tiang gol’ kerana kita juga terpaksa bertanggungjawab tindakan yang dilakukan semasa kita memimpin ketika itu.

“Hujah yang diketengah Tun (Mahathir) ketika itu ialah untuk memastikan bahawa tidak ada institusi tertentu yang menidakkan usaha kerajaan untuk bangunkan negara bangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini, Ahad.

Beliau berkata tindakan bekas perdana menteri itu juga jelas menunjukkan beliau tidak mengotakan apa yang telah janjikan kepada rakyat Malaysia ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

“Tetapi hari ini hujahnya berbeza, kadang-kadang kita tertanya kepada diri kita, sama ada ketika itu mereka betul-betul ikhlas, minta kita sokong usaha itu, sehingga hari ini pula memohon maaf kepada Duli Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dan Raja Melayu,” katanya.

Dr Mahathir membuat permohonan maaf dalam blognya, Chedet.cc, mengakui tindakannya itu menyebabkan kelulusan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak diperlukan untuk suatu Akta Parlimen dijadikan sebagai undang-undang.

Dalam pada itu Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan tidak menafikan ada beberapa cawangan yang menghadapi masalah isu dalaman masing-masing.

“Mungkin isu dalaman cawangan masing-masing itu diambil kesempatan pihak tertentu untuk dieksploitasikan,” katanya.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana