Tun M Sahkan Zeti, Gani Patail Dan Abu Kasim Berkonspirasi Singkir Najib

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan wujud konspirasi 'Tiga Tan Sri' untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr Mahathir, tiga Tan Sri berkenaan - bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kasim Mohamed - walaubagaimanapun gagal.

Katanya, kegagalan tersebut disebabkan salah seorang dari Tan Sri berkenaan mengkhianati dalam kumpulan 'tiga Tan Sri' berkenaan.

"Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka.

"Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya kepada pemberita di Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya (PPAUM), semalam.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan, Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir kemudiannya menafikan terlibat dalam konspirasi berkenaan tetapi menegaskan sangat berharap untuk menyertai 'kumpulan konspirasi' berkenaan.

"Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu sewaktu diminta mengulas lanjut berkenaan individu yang mengkhianati dalam kalangan 'tiga Tan Sri' berkenaan berkata "Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap."

Isu berkaitan Zeti, Gani dan Abu Kasim mula dibangkitkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap tiga individu berkenaan.

Beliau yang menganjurkan sidang media pada Sabtu mengulangi pendiriannya menyokong laporan polis yang dibuat pada 27 Julai dengan berkata laporannya mempunyai kredibiliti.

- Malaysian Digest

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana