Tubuh parti baharu tak beri saingan pada UMNO – Pak Lah

KUALA LUMPUR: Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu tidak akan memberi saingan kepada UMNO, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Sokongan masih kuat…belum boleh sampai, kekuatan ada pada UMNO,” katanya ringkas kepada pemberita selepas ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, malam ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Penasihat GPMS Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa. Ahad lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu. Ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin yang beliau sebenarnya seorang ahli yang setia pada parti, Abdullah berkata: “Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam UMNO,” katanya.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas membuat keputusan memecat Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden parti dan Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah.

Keputusan pemecatan itu dibuat kerana melanggar disiplin parti apabila kedua-dua pemimpin itu berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana