Tuan Ibrahim Tak Faham Asas, Bikin Malu PAS Sahaja

Kadang-kadang, rasa gelihati melihat perihal segelintir rakyat Malaysia, yang cepat sangat “lompat” bila ada sahaja sesuatu isu. Contohnya dalam dakwaan yang dibuat oleh Department of Justice (DOJ).

Malaysian Official 1 (MO1), watak ciptaan Barat ini telah berjaya menerbitkan gundah gelisah dan tiba-tiba menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Hakikatnya, DOJ sendiri tidak berani menyatakan siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan MO1.

Istilah MO1 ini dicipta oleh DOJ sendiri, dan sudah tentu ia menjadi tanggungjawab DOJ untuk menerangkan kepada umum siapa yang dimaksudkannya.

Takkan perkara asas seperti ini tidak mampu difahami oleh seorang yang berjawatan tinggi di dalam hirarki kepimpinan PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man?

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataanya semalam, meminta Perdana Menteri untuk mendedahkan identiti MO1. Begitu sahaja tahap kebolehupayaan fikir Timbalan Presiden PAS rupanya.

Jika beliau mahu menggunakan akal, persoalan tersebut tentu dilontarkan semula kepada gerangan yang menuduh. Gila, bertanya kepada orang lain, sedang yang menuduh orang lain. Mana dia belajar agaknya.

Jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek. Sabda Nabi s.a.w “Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Sedang DOJ pun tidak pernah mengeluarkan bukti, bukankah ia bersifat jahat dengan sekadar mengundang persepsi semata-mata?

Pelik sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang asing, bila kita menelaah setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Asal sahaja buka mulut, entah bagaimana kecerdikan itu tidak pernah bersama dengannya. Ini tentang seorang timbalan presiden parti, yang memimpin sejumlah ahli, yang penulis percaya sudah melepasi angka 1 juta keahlian.

Malang sungguh ahli PAS, jika standard Tuan Ibrahim Tuan Man dijadikan piawaian parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana