Terkini di portal berita: Tidak berkompromi dakwaan kes seksual di Darul Barakah: Ustaz Kazim

Kita jangan buat FITNAH....Syabas Ustaz KAZIM

IPOH, Jumaat – Pendakwah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mencemari Islam dan imej pusat pendidikan miliknya, Maahad Tahfiz Darul Barakah berhubung kes gangguan seksual baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan mengatakan berlaku gangguan seksual dan liwat di institut kelolaanya adalah serius dan pihaknya bekerjasama penuh kepada polis dalam menyiasat dakwaan berkenaan.

Katanya, beliau memandang serius tuduhan meliwat yang berlaku kerana sekolahnya membawa nama dan reputasi Islam yang sangat tinggi.

“Justeru, kami tidak berkompromi dalam apa cara sekalipun jika ia benar berlaku. Kami akan menyerahkan siapa juga yang terbabit kepada pihak berkuasa untuk dihukum mengikut lunas undang-undang walaupun darah daging saya sendiri.

“Ini adalah tanggungjawab kami sebagai umat Islam dan warga negara,” katanya pada sidang media di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan dicabul selain berlaku seks luar tabii menjadi viral menerusi WhatsApp.

Ustaz Kazim berkata, susulan pendedahan itu, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah dan menyebarkan fitnah berkenaan hingga memberi imej tidak baik kepada Islam serta pusat pendidikan berkenaan.

“Saya juga akan membuat tiga atau empat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh esok,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana