Tamrin Umum Tinggalkan Dr Mahathir, Seorang Demi Seorang Menjauhi Beliau

Masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) nampaknya semakin gelap apabila individu yang dahulunya menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sudah kembali sedar dan kembali insaf.

Anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin hari ini membuat keputusan tidak akan menyertai parti Pribumi ciptaan Dr Mahathir.

Bukan itu sahaja, beliau yang menganggotai Sekretarian Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia yang digerakkan oleh Dr Mahahthir turut mengumumkan menarik diri dari sekratariat berkenaan berkuatkuasa hari ini.

“Sukacita dimaklumkan setelah berfikir dengan teliti maka saya memutusakan perkara-perkara berikut… Tidak akan menyertai parti baru yang sedang diusahakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Menarik diri dari Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir… Keputusan ini adalah muktamad…. Ia berkuatkuasa mulai hari ini,” kata Tamrin dalam satu kenyataan media ringkas.

Apakah sebenarnya yang ditakuti oleh mereka ini apabila mula menghindarkan diri dari Pribumi yang kini sedang dalam proses pendaftaran?

Sebelum ini, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang sentiasa menemani ke mana sahaja Dr Mahathir berada juga enggan menyertai parti itu dengan alasan ia diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz juga menyatakan dengan tegas tidak akan menyertai Pribumi biarpun diundang oleh parti itu dan mahu kekal sebagai ahli UMNO.

Nampaknya, kredibiliti Muhyiddin sudah awal-awal lagi tercalar biarpun belum bermula menjalankan tugas sebagai Presiden Pribumi.

Tidak hairanlah, awal-awal pada ketika ini sudah ada kedengaran Muhyiddin sebenarnya tidak mempunyai kelebihan untuk memimpin sebuah parti kerana beliau dilihat perlahan dalam melaksanakan tindakan dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Ada juga pihak menyatakan, patutlah dalam UMNO Muhyiddin hanya sekadar mampu menduduki jawatan Timbalan Presiden atau Timbalan Perdana Menteri kerana ada kekurangan dalam dirinya untuk berjaya sampai ke jawatan tertinggi dalam kerajaan itu.

Jika benar Muhyiddin ada kelebihan itu, pastinya sekarang beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana