Tak Terlibat Tapi Tahu Ada Pengkhianat, Politik Tahap Tinggi Atau Bodoh Peringkat Atas?

MAHATHIR dakwa kepada sebuah portal berita pembangkang, sepatutnya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dikenakan tindakan undang-undang hari ini – kalau bukan sebab ada pengkhianat di antara 3 orang ‘pegawai tinggi’ yang dia rujuk dalam kenyataan tersebut. Mahathir bagaimanapun mendakwa tidak terlibat dalam konspirasi itu.

Wah, ini pendekatan baru yang tak pernah dicuba – tak terlibat tapi tahu pulak ada pengkhianat?  Penulis tak tahulah rakyat tengah terdedah dengan permainan politik tahap tinggi atau pun pembodohan tahap tinggi?  Tapi kita bersangka baik lah ya.

Mungkinlah, mungkin Mahathir mendengarnya dari orang lain.  Tapi nanti bukankah persoalannya seterusnya macam mana pulak orang ini tahu dan paling penting, kenapa dia cakap dengan Mahathir?

Fuh, boleh pecah kepala macam ini mencari jawapan.

Jaga-jaga ya, ini Mahathir, jangan tolak sebarangan apa yang dia cakap (gelak takpe).  Dia bukan sebarang manusia, dah banyak mitos yang diceritakan orang mengenai Mahathir sepanjang jadi Perdana Menteri dulu.

Pernah dikatakan dia berada di 2 tempat dalam satu masa ketika peristiwa Memali tercetus Disember 1985 iaitu di China dan Kuala Lumpur.  1985, masa itu David Cooperfield belum buat magik tembus Tembok Besar China lagi tau, Mahathir dah buat jauh lebih hebat dari itu.

Maka itu apa sangat dengan dakwaan terbaru Mahathir kononnya dia tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri itu TAPI segala perincian termasuk siapa yang jadi pengkhianat di kalangan yang terlibat, dia tahu!!

Tak hairan kenapa sokongan terhadap Mahathir hari ini adalah berdasarkan kepada kepercayaan.  Bagilah bukti macam mana pun, nipis dan tebal baik, penyokongnya tetap pilih untuk percaya apa yang dia kata saja.  Contoh macam yang viral di media sosial sekarang, kononnya projek TRX tak wujud, halimunan kata penyokong Mahathir, tapi bila ditunjukkan bukti, gambar-gambar projek TRX sedang berjalan, penyokong ini tadi pulak yang jadi halimunan – hilang entah ke mana.

Seru dan tag nama dia banyak kali pun tak muncul juga.

Jadi berhati-hatilah, penulis yakin akan ada lebih banyak cerita sebegini keluar dari mulut Mahathir selepas ini, silap-silap, sejarah pun perlu ditulis semula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana