Siapa Yang Kena Tangkap Sekarang?Inilah Dikatakan Otak Letak Dikepala Lutut

Di zaman yang serba-serbinya canggih dan mudah ini, penulis fikirkan akan menghasilkan generasi mahasiswa-mahasiswi berkaliber, cukup akademik, berfaktakan yang sahih dan sah. Namun nampaknya harapan tersebut masih lagi dibayangi segelintir dari mereka yang lebih memilih untuk mempamerkan kedangkalan diri mereka sendiri.

Penulis juga pernah bergelar mahasiswa-mahasiswi seperti mereka dulu. Namun untuk berhujah tanpa fakta yang jelas sahih dan ilmiah, bukanlah cara kami. Bersama ilmu dan realiti di depan mata, kami juga pernah berjuang untuk golongan pelajar dulu.

Kami bertindak, tapi tidaklah hingga melanggar undang-undang. Kami berdebat, tapi tidaklah hingga memaki hamun. Kami bertegang urat, tapi tidaklah hingga tergamak memalukan diri kami dengan menegakkan benang yang basah.

Penulis tidak nafikan, ada di kalangan siswa-siswi kini yang berkualiti tinggi dan lebih bagus berbanding zaman kami yang susah dulu. Tapi entah mengapa, segelintir siswa-siswi di zaman ini begitu mudah terpengaruh dengan ideologi politik mahupun ianya kabur dan tidak berpaksikan pada kebenaran.

Penulis difahamakan bahawa 3 orang siswa ditahan pihak berkuasa di depan UiTM Seri Iskandar baru-baru ini dan kini diheret ke mahkamah majisteret ekoran penahanan tersebut. Puncanya, siswa-siswi pro-PAN itu mahu melakukan ‘sesi penerangan’ di dalam kawasan UiTM terbabit.

Mereka dihalang masuk oleh polis. Tapi sempat buat ‘sesi penerangan’ depan pintu pagar UiTM itu bersama kira-kira 20 peserta perhimpunan. Ada yang berposter mahu ‘MO1’ ditangkap. Meroyan-royan depan pagar bercakap soal RM42 bilion, DOJ dan sebagainya.

Penulis tidak tahu apa keutamaan siswa-siswi itu. Ilmu atau politik? Kami dulu jika ada yang berminat politik sekalipun, kami memilik politik yang berilmu, bukan politik membuta tuli. Desak MO1 ditangkap? Untuk apa?

MO1 dituduh dalam pendakwaan DOJ atau tidak? Faham isu sebenar atau tidak? Atau adik-adik kita itu langsung tidak faham atau tidak pernah memahami isu sebenar? Adik, untuk buat assignment paling ringkas sekali pun, fakta atau kutipan perlulah ada kredibiliti. Bukan pakai petik di Facebook, dengar cakap-cakap kosong atau dipetik dari sumber yang tiada kredibiliti.

Adik mahu berhimpun untuk adalah sesi penerangan dalam premis rasmi? Adik tahu atau tidak undang-undang? Untuk mengadakan program himpunan di tempat awam pun perlukan permit polis, apatah lagi dalam premis rasmi. Adik ada kebenaran dari pihak pengurusan?

Adik belajar di universiti mana? Siapa pensyarah adik-adik? Mereka tidak terangkan dalam kuliah atau adik sendiri tidak faham apa yang disampaikan? Adik berminat untuk terus belajar atau mahu rosakkan masa depan adik dengan rekod polis?

Tidak salah untuk berpolitik, tapi biarlah bertempat, mengikut saluran yang sesuai, menepati peruntukan undang-undang dan beradab sopan di khalayak ramai. Janganlah sampai dilarang masuk pun, adik-adik tetap tunjuk besar kepala, itu bodoh namanya!

Sekarang dibicarkan di mahkamah majistret? Adik suka? Sukakan publisiti negatif begitu? Pelajaran bagaimana? Ijazah? Tangguh dulu? Kononnya membela rakyat? Siapa ajar adik-adik untuk melakukan sesuatu yang bodoh begitu? Mat Sabu? Berapa hari adik kenal Mat Sabu?

Pada pandangan penulis, perkara sebeginilah yang menyebabkan masyarakat sekarang memandang rendah pada mahasiswa-mahasiswi berbanding dulu. Dulu siswa-siswi menjadi kebanggaan kampung dan ibu bapa, tapi kini tidak lagi.

Penulis harap adik-adik siswa-siswi jadikan perkara seperti ini sebagai iktibar. Usahlah lakukan perkara yang bodoh seperti itu dan merosakkan masa depan masing-masing. Bak pepatah orang-orang tua, sesal dulu jadi pendapatan, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi. Buka minda dan belajarlah jadi matang berfikir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana